Monday, October 11, 2010

THE RETURN OF "AYAH PIN" ? kah kah kah...kata waran tangkap udah keluar, kenapa masih BEBAS ?

AYAH PIN BUAT HAL LAGI - JERTIH: Ayah Pin atau Arifin Mohamad, pemimpin ajaran sesat Kerajaan Langit yang diharamkan pada 2005, kembali meneruskan kegiatannya di perkampungan kumpulan itu di Kampung Batu 13, Pasir Akar, Hulu Besut, Besut

Ayah Pin yang kelihatan uzur kerana menghidap penyakit kencing manis, ditemui wakil Berita Harian ketika menyertai seorang sau-dara terdekat ke perkampungan berkenaan pada Isnin lalu.

Pertemuan dengan Ayah Pin yang berusia 70 tahun berlangsung di sebuah warung di perkampungan kumpulan itu mulai jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Mereka berkumpul di warung berkenaan untuk mendengar ajaran Ayah Pin.

Antara yang hadir adalah pengikutnya dari Selangor, Pahang serta Mersing dan Batu Pahat, Johor, yang datang menaiki pelbagai kenderaan mewah termasuk Toyota Wish dan Mitsubishi Grandis.

Pengikut ajaran itu termasuk peguam, pegawai bank, guru serta penduduk Orang Asli dari Rompin.

Sejurus berdepan Ayah Pin yang hanya berseluar pendek dan memakai singlet putih, duduk di sebuah kerusi dalam warung terbabit sambil menghisap rokok. Semua pengikutnya mengangkat sembah sebanyak tiga kali sebelum melutut dan mencium tangannya.

Ketika pertemuan itu, Ayah Pin turut menceritakan pengalamannya naik ke langit hingga aras ketujuh untuk meninjau keadaan syurga dan neraka serta mendakwa dia turut menyertai sesi mesyuarat dengan malaikat, jin dan iblis sebelum jin dan iblis kembali ke bumi, manakala malaikat kekal di langit sejurus selepas mesyuarat berkenaan tamat. – beita hairan

POLIS NAFI AYAH PIN KEMBALI

Ketua Polis Terengganu, Mohd Shukri Dahlan hari ini menafikan laporan dua akhbar bahawa ketua ajaran sesat Ariffin Mohamad atau dikenali sebagai Ayah Pin kembali bergerak aktif di Hulu Besut dan sedang mengumpul pengikutnya.

Katanya pemantauan polis mendapati tiada sebarang kegiatan berlaku di perkampungan peninggalan Ayah Pin di Batu 13, Hulu Besut.

Polis percaya buat masa ini Ayah Pin masih berada di negara jiran," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Besut di Kampung Raja di sini hari ini.

Dua akhbar itu hari ini melaporkan Ayah Pin, 70, dikesan aktif menghidupkan kembali apa yang dikenali sebagai "Kerajaan Langit" pimpinannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, di sini.

Menurut laporan akhbar itu, pengikut Ayah Pin yang hadir itu ada antaranya datang dari Selangor, Pahang dan Johor dengan menaiki pelbagai kenderaan mewah.Tinjauan Bernama di perkampungan berkenaan mendapati keadaan di situ tenang dan beberapa penduduk menjalani kegiatan masing-masing. - berita hairan

KAH KAH KAH… WAKIL AKHBAR PERGI .. DAN BERJUMPA AYAH PIN… kah kah kah… POLIS KATA … AYAH PIN DI NEGARA JIRAN… kah kah kah..woit…. KALAU MACAM INI SIAPAKAH YANG DITEMUI OLEH PEMBERITA ITU ?....kah kah kah.. KALAU MACAM ITU SAHEH LAAAA… AYAH PIN INI BOLEH TERBANG … kah kah kah…DATANG KE JERTEH UNTUK TEMU BUAL…. KEMUDIAN TERBANG KE LUAR NEGARA… kah kah kah… woit… BUKAN NAIK AIR ASIA… AYAH PIN ADA KEPAK SENDIRI…. kah kah kah..woit… KALAU MACAM INI…. AJARAN SIAPA YANG SESAT?.... kah kah kah.. WARTAWAN SESAT…. BUAT CERITA BOHONG?... kah kah kah.. POLIS SESAT…. CUBA MENAFIKAN AYAH PIN TAK ADA?..... kah kah kah.. ATAU YANG SESAT IALAH ZUL NORDIN…. kah kah kah.. KERANA DIA NAMPAK SELUAR DALAM ANWAR DAN BERI TAHU PADA NAJIB DI NEW YORK….. kah kah kah…

AYAH PIN MELAYU UNGGUL - ADA PENGIKUT DI PELUSUK DUNIA ...kah kah kah..kah kah kah...kah kah kah - TT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.