Followers

Wednesday, October 20, 2010

MODEL POLITIK BARU DIJANGKA FOKUS BERSIHKAN IMEJ UMNO – minsider





SILA PILIH YANG MANA SATU IDAMAN KALBU - Penganalisis dan pemerhati politik melihat usaha Najib Razak yang mahu membawa model politik baru Umno akan memberi tumpuan terhadap aspek perkhidmatan kerana pemimpin parti dominan BN itu didakwa seakan-akan sudah lupa peranan mereka kepada rakyat.

Sabtu lalu, Najib mengusulkan kemungkinan diwujudkan model politik baru bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.

Mengulas usaha terbaru Najib ini, pensyarah kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, model politik baru tersebut perlu membawa Umno ke hadapan berbanding parti politik lain.

“Sebenarnya saya tidak jelas lagi mengenai politik baru yang hendak di bawa Perdana Menteri, tetapi bagi saya ia mesti model yang boleh membawa Umno ke hadapan.

“Ia juga perlu memberi tumpuan untuk melakukan perubahan dalam mendapatkan semula kepercayaan rakyat,” kata beliau.

Beliau berkata, model politik baru itu juga perlu menekankan aspek perkhidmatan Umno kepada rakyat.

KAH KAH KAHKAH KAH KAHKAH KAH KAH

Dicatat oleh Tukar Tiub

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.