Followers

Wednesday, October 20, 2010

Kertas Siasatan Penyebaran Video Seks Dr Chua Ke Jabatan Peguam Negara Tidak Lama Lagi !




Kertas siasatan berhubung penyebaran video seks membabitkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Dr Chua membuat laporan polis setelah diberitahu rakannya bahawa terdapat dua keping DVD dalam satu sampul surat sedang diedarkan di beberapa tempat di Batu Pahat, Johor dengan niat menganiaya dan menjatuhkan maruahnya.

Sehubungan itu, polis menjalankan siasatan dan kertas siasatannya telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara, sebelum Peguam Negara mengarahkan siasatan lanjut dijalankan. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Hee dalam soalannya ingin tahu rasional Dr Chua tidak dihadapkan ke mahkamah walaupun wujud bukti akan kes tersebut. Hishammuddin berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292/509 Kanun Keseksaan.

Pada Januari 2008, Dr Chua melepaskan jawatannya dalam Kabinet dan Naib Presiden MCA selepas mengakui beliaulah lelaki dalam video seks yang tersebar dengan meluas. Laporan polis dibuatnya ketika itu berikutan penyebaran video berkenaan.

BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.