Followers

Saturday, October 9, 2010

Kah Kah Kah Kah - Rosmah Mansor Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka ?


Tahniah banyak banyak - MELAKA, 9 Okt (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mendahului senarai 934 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena Hari Jadi Ke-72 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob pada Sabtu.

Rosmah dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Istiadat penganugerahan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, melibatkan tiga sesi iaitu sesi pertama pada Sabtu, sesi kedua pada Ahad dan sesi ketiga belum ditetapkan tarikh.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh pada sidang akhbar di sini berkata Rosmah akan menerima anugerah tersebut pada satu istiadat lain yang tarikhnya akan ditetapkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.