Monday, May 24, 2010

SPR LEBIH BERKUASA DARIPADA SPEAKER

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya menolak permohonan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang disingkirkan, V Sivakumar, untuk mengenepikan keputusan membenarkan tiga ADUN yang keluar parti menjadi wakil Bebas mengekalkan kerusi masing-masing.

Sivakumar dalam permohonannya berkata keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini dibuat tanpa kuasanya dan mahu keputusan itu dibatalkan.

Penghakiman pada 9 April itu menafikan bahawa kerusi tiga ADUN yang berpaling tadah itu yang diisytiharkan kosong oleh Sivakumar supaya pilihan raya kecil boleh diadakan.

Keputusan panel tiga hakim hari ini juga mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kuasa mutlak mengisytiharkan kerusi berkenaan kosong.

Apakah ini bererti SPR lebih berkuasa dari Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang mengubal undang-undang negara dan negeri termasuk yang berkaitan dengan bidang kuasa SPR

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.