Followers

Thursday, May 20, 2010

SAMY!! Berambus Sekarang!!

Bila dah terlalu lama memegang kuasa sehingga menjadikan seolah-olah parti itu dia sendiri yang punya maka akan timbullah perasaan benci dari ahli-ahli parti sendiri apatah lagi jika semua kesalahan yang melibatkan beliau akan dipersalahkan orang lain pula..

Tidak sampai 24 jam Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengumumkan beliau akan melepaskan jawatan presiden MIC yang dipegangnya sejak 1979 dalam tempoh lapan bulan sebelum penggalnya sekarang tamat pada Mei 2012.

Hari ini dalam satu sidang media, timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan (kiri, berbaju putih) mendesak Samy Vellu supaya berundur segera.

Menurut Mugilan, jika Samy Vellu, yang telah menerajui MIC hampir 30 tahun gagal berundur, MIC akan terkubur pada pilihan raya umum akan datang.

"Sekiranya Samy Vellu tunggu sehingga September 2011, timbalan presiden (G Palanivel) tidak mempunyai masa yang mencukupi bagi melakukan pembaharuan sebelum pilihan raya umum pada 2012,” kata Mugilan.

"Samy Vellu selalu mempersalahkan (mantan perdana menteri) Mahathir Mohamed atas segala kegagalannya, tetapi dia sebenarnya yang gagal melakukan perubahaan untuk masyarakat India.”

Semalam Bernama melaporkan.

Samy Vellu berundur September tahun depan

Datuk Seri S Samy Vellu hari ini mengumumkan beliau akan melepaskan jawatan presiden MIC yang dipegangnya sejak 1979 dalam tempoh lapan bulan sebelum penggalnya sekarang tamat pada Mei 2012.

Ini bermakna beliau akan melepaskan jawatan tersebut pada bulan September tahun depan.
Semasa membuat pengumuman itu dalam sidang akhbar sebelum berlangsungnya konvensyen MIC Wilayah Persekutuan di ibunegara, presiden MIC itu tidak menyatakan kepada siapa beliau akan menyerahkan jawatan tertinggi parti itu.

"Saya akan berundur dalam masa lapan atau sembilan bulan selepas penggal saya tamat pada Mei 2012. Saya akan serahkan jawatan presiden pada waktu itu.

'Inilah yang telah saya maklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) semasa saya berjumpa beliau sebelum pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Saya akan serahkan kepimpinan parti kepada pemimpin generasi akan datang. Sebelum itu, saya akan melakukan rombakan parti secara menyeluruh bermula dengan pemimpin cawangan dan negeri.

'Orang selalu bertanya bila saya akan melepaskan jawatan saya dan inilah tempoh masa yang saya telah tetapkan.

"Saya mahu semua anggota parti tahu bahawa transformasi MIC akan diteruskan. Peralihan kuasa dalam MIC akan berjalan dengan lancar," katanya.

Samy, 74, dipilih semula untuk menerajui parti buat kali kesembilan pada tahun lepas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.