Friday, May 21, 2010

PAS tumbang, BN bentuk kerajaan di Kedah..????

"..khabar angin yang disebarkan begitu ‘kemas dan menarik’, dimaklumkan jua kononnya pihak Badan Perhubungan Umno Kedah telah bermesyuarat di PWTC bersama pihak Pusat. Pelan pengambilalihan kuasa telah diperincikan dan Menteri Besar baru telah diputuskan iaitu Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail ADUN Guar Chempedak.

Dua ADUN KeADILan dan satu DAP telah bersetuju melompat untuk bersama dengan dua rakan mereka yang telah melompat lebih awal. Khabar angin itu dilanjutkan lagi dengan dakwaan bahawa Dato’ Shafie Afdhal selaku Pengerusi Perhubungan Umno Kedah akan mengadap Tuanku Sultan untuk memaklumkan bahawa BN mempunyai bilangan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.." seterusnya di sini

(*) Tajuk gempak, pasal tukang tulis tajuk dok mamai siang malam. Meraban tak tentu hala, sudahnya jadi berita jamban..dasar pencacai. (tajuk asal klik disini)


Hj.Anuar Hashim-Dewan Undangan Negeri Kedah tidak tergugat dengan satu-dua lompatan katak yang keluar daripada PKR. Manakala khabar-khabar Dewan Undangan Negeri Kedah akan dibubarkan adalah mainan mimpi UBN yang kecewa menjadi pembangkang.

Pegawai Khas MB Kedah, Hasan Abdul Razak menafikan khabar angin kononnya DUN Kedah akan dibubarkan pada 22 Mei ini, kerana kononnya MB DS Azizan Abdul Razak semakin kurang mendapat sokongan ekoran ada Adun yang akan lompat parti.

Kerajaan negeri menguasai 20 kerusi berbanding dengan UBN yang hanya mempunyai hanya 13 kerusi. PAS mempunyai 16 kerusi, DAP (1) dan PKR (3). Ini tidak termasuk satu kerusi di Dun Kota Seputeh, katanya.

Beliau berkata rakyat Kedah diingatkan jangan tertipu dengan dakyah UBN yang kini tidak selesa menjadi pembangkang dan bermimpi untuk menerajui negeri itu semula pada plihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau menambah, bagi menjamin keutuhan kerajaan negeri, semua organisasi parti dan Majlis Ketua Kampung (MKK) perlu memastikan perancangan program yang teliti dan melaksanakannya selaras dengan slogan 'Kedah Sejahtera'. (sumber)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.