Saturday, May 15, 2010

Panas: Benarkah Dek Kerana Kecewa Isu Skandal Pasir Di Selangor Sebabkan Ahli Parlimen Wangsa Maju Keluar Parti Atau Dia Sudah Dapat Habuan!

Gembar-gembur beberapa orang lagi pemimpin PKR melompat parti akhirnya terjawab hari ini. Ini berikutan tindakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong (foto), mengumumkan tindakan tersebut siang tadi.

Beliau difahamkan mengadakan satu sidang media secara tergesa-gesa di pejabat Pusat Khidmatnya dan keputusan itu adalah berkuatkuasa serta merta.

Menurut Wee, beliau mengambil keputusan tersebut kerana kecewa dengan cara parti dan Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani skandal pasir yang dikaitkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd mutakhir ini.

Beliau juga mengumumkan perletakkan semua jawatannya dari parti termasuk Pengerusi Majlis Perhubungan Negeri, Parti Keadilan Rakyat Wilayah Persekutuan. Ramai yang terkejut dengan keputusan Ahli Parlimen itu, tambahan pula sebelum ini namanya memang disebut-sebut antara senarai yang akan berbuat demikian.

Namun, ada sesuatu yang tidak kena dengan tindakan beliau itu. Nampak benar beliau bukanlah seorang pemimpin yang jujur dan ikhlas sebenarnya. Tambahan pula perletakkan jawatan itu dilakukan dua hari menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu Ahad ini.

Apakah beliau juga telah ditawarkan dengan beberapa habuan lantaran tergamak berbuat demikian?. Semua ini bermain difikiran rakyat terutamanya pengundi beliau di Wangsa Maju. Rakyat sebenarnya bukan memilih batang tubuhnya ketika pilihanraya umum lalu.

Mereka memilih parti iaitu PKR, maka tindakan keluar parti jelas sekali satu tindakan khianat yang sukar untuk dimaafkan oleh sebahagian besar rakyat. Amat jelas, beliau telah mendapat tawaran lumayan supaya meninggalkan parti di saat kempen hari-hari terakhir pilihanraya kecil Parlimen Sibu
sekarang ini.

[Apapun penjelasan Wee Cho Keong, semuanya sekadar mengikut skrip semata-mata. Beliau memang sudah mengadakan beberapa pertemuan sulit dan dijanjikan dengan berbagai tawaran andainya meninggalkan Anwar dan PKR. Lantaran itulah dia mengambil tindakan yang amat memalukan ini. Malah, alasan beliau bahawa isu skandal pasir menjadi sebab adalah tidah munasabah sama sekali.

Tambahan pula, beliau tentu tahu bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan melakukan siasatan yang adil dan telus dan menubuhkan Selcat untuk kes tersebut. Maknanya, itu jelas membuktikan ketelusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Maka, sebagai pejuang kenapa beliau tergaman melakukan pengkhianatan ini?.

Apakah beliau rasa, kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib Razak sudah melakukan yang terbaik untuk menangani pelbagai skandal yang melanda negara sekarang ini. Apalah bezanya skandal pasir dengan skandal APCO, Altantunya, enjin jet hilang, pesawat Sukhoi, kapal selam Scorpene dan berbagai isu yang lebih besar sebenarnya.

Apakah Wee Cho Keong anggap semua itu sudah selesai, dan dek kerana isu pasir yang mahu dibicarakan secara terbuka itu pun beliau boleh keluar parti. Maknanya beliau memang telah mendapat habuan lumayan sebenarnya]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.