Monday, May 17, 2010

Kemenangan Wong Pemangkin Agenda Selamatkan Malaysia



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap kemenangan Wong Ho Leng pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu, terzahir melalui semangat kuasa rakyat, kuasa keramat.

Beliau berkata, kemenangan itu juga memperlihat kekuatan yang mengkagumkan walau terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta dokongan aparat-aparat lain.

Ketua Pembangkang itu percaya keikhlasan, kecekalan dan kegigihan membuahkan hasil bermakna, malah memberi pelajaran Pakatan Rakyat dalam menghayati semangat perjuangan yang menjadi pemangkin Agenda Selamatkan Malaysia.

Sambil mengucapkan syabas kepada rakyat Sibu yang memenangkan calon Pakatan Rakyat dari DAP itu, Anwar juga tidak lupa untuk berterima kasih kepada semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat.

"Rakyat Sibu membuktikan kepada kita semua bahawa kuasa rakyat, kuasa keramat," kata Anwar dalam blog beliau, hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.