|
"Saya fikir kalau kita lupa sejarah kita, kita akan ulangi sejarah itu. Ada pepatah terkenal menyebut mereka yang lupa pengajaran daripada sejarah akan dihukum dengan mengulangi kesalahan mereka berulang kali.
"Itu keyakinan saya," katanya pada sidang media penghantaran bantuan kemanusiaan oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO) di bangunan Yayasan Al-Bukhary di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok yang mendakwa persetujuan Dr Mahathir untuk menyertai Program Melayu Bangkit anjuran Institut Integriti Negeri Terengganu (IINT) bersama Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, yang dibatalkan semalam, seolah-olah merestui kempen perkauman.
Dr Mahathir berkata beliau tidak memandangnya dari sudut itu tetapi kesudiannya menyertai acara itu adalah untuk mengingatkan rakyat bahawa sekiranya isu itu tidak dikendalikan dengan cermat, tidak mustahil sejarah berdarah itu akan berulang.
"Itu saya tak taulah (dakwaan). Saya pergi ke sana bukan untuk mengadu domba antara pelbagai bangsa tapi saya mahu ingatkan mereka bahawa jika kita tidak mempedulikan masalah bangsa ini, kita akan mengulangi kesilapan kita. Jika (tidak dibatalkan), sudah tentu, saya pergi, tapi lepas itu saya akan digelar rasis," katanya.
Dr Mahathir berkata sebagai orang yang melalui sendiri pengalaman tragedi 13 Mei itu, beliau hanya ingin berkongsi maklumat supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada orang lain.
Justeru itu, Dr Mahathir berharap mana-mana pihak yang mencadangkan supaya tragedi itu dilupakan, supaya kembali memperbetulkan tanggapan mereka mengenai tarikh bersejarah itu.
"Idea agar kita patut melupakan 13 Mei bukan satu idea yang baik," katanya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.