Followers

Tuesday, May 18, 2010

BUNG MOKHTAR DIDESAK LETAK JAWATAN AHLI PARLIMEN

Kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak Bung Mokhtar Radin mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang kerana berpoligami tanpa kebenaran.

Jurucakapnya Maria Chin Abdullah berkata ahli parlimen Kinabatangan itu tidak sepatutnya melanggar undang-undang kerana ia memberi mesej yang tidak baik kepada masyarakat.

"Bung Mokhtar perlu meletak jawatan, dan tidak sepatutnya mewakili rakyat Malaysia lagi.

Betul juga yer, Ahli Parlimen yang membuat dasar dan undang-undang negara dan kemudian dia sendiri tidak mematuhi undang-undang, maka ia bererti dia tak layak menjadi wakil Rakyat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.