Tuesday, May 25, 2010

ANWAR MINTA NAJIB PERINCI PERSETUJUAN PINDAH STESEN TANJONG PAGAR



Ketua Umum Pakatan Rakyat DS Anwar Ibrahim menggesa PM DS Najib Razak menjelaskan secara terperinci kepada rakyat mengenai persetujuan memindahkan stesen KTM Berhad di Tanjong Pagar ke Woodlands, Singapura menjelang 1 Julai 2011.

"Negara tidak boleh menerima perjanjian secara “diam-diam dan berahsia. Ini yang menjadi keprihatinan kita sekarang," kata beliau.

Najib mengumukan perkara itu semasa rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Singapura semalam.

"Najib mesti datang dengan butiran mendalam dan jelas mengenai kandungan perjanjian (ini),” kata Anwar.

Najib dan Lee berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.