Johan dipecat dari Ahli UMNO. Johan mengambil langkah drastik sebab UMNO tak dapat calun Melayu. Jika Johan menang adakah UMNO akan menerima dia kembali sebagai Ahli dan menjadi sebagai ADUN UMNO?. Apakah ini percaturan yang dilakukan oleh UMNO untuk meletakan calun Melayu.
HULU SELANGOR, 17 April: Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mat Diah yang bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebagai calon Bebas tergugur keahlian dari parti itu.
“Sah, dipecat,” kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh kepada The Malaysian Insider di sini hari ini.
Ikut perlembagaan parti sesiapa yang bertanding sebagai calon Bebas ataupun menyokong boleh dipecat dari parti.
Johan (gambar), 31, merupakan salah seorang daripada empat calon yang bertanding pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.
Penamaan calon berlansung pagi ini. -malaysian insider

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.