Friday, April 16, 2010

TPM Muhyiddin Bakal Di Ajar Si Palanivel Yang Sudah Terlalu Kecewa Itu !!

Kesilapan Memilih Calon BN Di Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.


Keputusan TPM Muhyiddin Yassin untuk tidak mencalonkan Timbalan Presiden MIC, G.Palanivel bagi mewaikil BN dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini jelas sekali bakal mengundang padah sebenarnya.

Bukan sahaja Palanivel yang kecewa dengan keputusan itu, malah ramai penyokong beliau diperingkat akar umbi juga marah dengan tindakan tersebut. Sebelum ini, nama Palanivel disaingi oleh V.Mugilan iaitu Timbalan Ketua Pemuda MIC, namun disaat-saat akhir tiba-tiba nama Ketua Penerangan MIC iaitu P.Kamalanathan pula yang dicalonkan.

Biarpun Presiden MIC, Samy Vellu dikatakan merestui keputusan Muhyiddin itu namun sebenarnya tidak bagi Palanivel. Beliau juga dilihat tidak hadir dalam pengumuman nama calon BN yang dibuat oleh Muhyiddin itu. Tindakan beliau ini mengukuhkan lagi, andaian sama ada beliau akan bertanding sebagai calon bebas atau pun bertindak menyokong Pakatan Rakyat. Undi protes pasti akan berlaku di Hulu Selangor kali ini.

Malah, undi tersebut bukan sahaja bakal diterima daripada sebahagian besar masyarakat kaum India di sana, malahan juga puak-puak UMNO yang kecewa dengan sikap Perdana Menteri yang tidak mahu mempertahankan kehendak mereka yang mahukan calon Melayu (UMNO) bertanding di situ.

Jika dua undi protes ini diterima, maka tidak syak lagi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim bakal kembali ke parlimen dan akan dinobatkan sebagai wakil rakyat kawasan itu pada 25 April ini. Nasi sudah menjadi bubur buat BN di Hulu Selangor. Tindakan sesuka hati pemimpin UMNO yang mahu menentukan siapakah calon paling layak bertanding di situ jelas sekali akan memakan diri mereka.

Tambahan pula Palanivel hanya tewas 198 undi dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Makanya, beliau amat yakin, jika diberi kepercayaan bertanding peluang untuk merampas kembali kerusi itu dari PKR akan tercapai. Namun, segalanya kini hanya tinggal kenangan dan beliau terpaksa menunggu lama untuk bertanding semula, biarpun peluang yang cukup luas sudah terbuka sebenarnya. Semoga senario ini dapat membantu kemenangan PKR nanti!

sumber: pahangonline

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.