HULU SELANGOR, 17 April [7.00 am] - Orang ramai mula membanjiri pekan
Kuala Kubu Bharu hari ini untuk memberi sokongan kepada calon yang akan bertanding dalam
Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Pagi ini, kedua-dua calon yang bertanding akan menyerahkan borang pencalonan di
Majlis Daerah Hulu Selangor dekat sini. Piliharaya kecil kali ini menyaksikan pertembungan hebat antara calon PKR,
Datuk Zaid Ibrahim dengan calon BN iaitu Ketua Penerangan MIC
P.Kalamanathan. Namun begitu, kemungkinan besar ada juga calon bebas akan bertanding pada kali ini.
Masjid Jamek Ar-Rahimah menjadi destinasi pilihan untuk orang ramai melepaskan penat dan bermalam. Poster, bendera dan kain rentang parti yang bertanding dilihat masih tidak banyak kelihatan, mungkin kedua-dua pihak menunggu sehingga pengumuman nama calon dibuat oleh Pengarah Pilihanraya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.