Followers

Sunday, April 18, 2010

SPR Pindahkan Nama 13,488 Pengundi Berdaftar



Ini satu berita yang paling menyayatkan hati kita sebenarnya. Ketika kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor masuk hari kedua hari ini, tiba-tiba kita dikejutkan dengan satu maklumat bahawa JPRP Pusat mengenalpasti seramai 13,488 nama pengundi berdaftar telah dipindahkan tempat mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tanpa pengetahuan pengundi-pengundi terbabit. Jika maklumat ini benar, maka ternyata siapa lagi yang mengarahkan perkara ini berlaku jika tidak puak-puak UMNO BN?.

Bukankah tindakan ini akan menyulitkan pengundi dan mungkin juga mereka akan gagal mengundi pada 25 April ini. Kita masih menantikan jawapan ikhlas daripada pihak SPR tentang perkara ini. Jika ia terbukti sahih dan sah, maka sudah sewajarnya satu tindakan tegas diambil oleh Pakatan Rakyat untuk membongkar kebobrokan SPR yang merupakan parti komponen ke-13 BN itu !! Senario ini amat malang sekali bagi sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini sebenarnya.

Puak BN Buta Sejarah Dengan Projek Mee Segera


Sungguh seronok apabila kawasan kita menikmati pilihanraya kecil. Projek datang mencurah-curah dari kerajaan UMNO BN kononnya "rakyat didahulukan" dan prihatin masalah rakyat dan sebagainya. Janji-janji jutaan ringgit kini mula tiba di Hulu Selangor, tidak lagi di Manek Urau, Bukit Gantang, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Batang Ai, Bagan Pinang, Permatang Pauh, Penanti dan sebagainya.

Sedangkan, bila disemak balik projek mee segera di kawasan terbabit maka sudah pasti ada banyak janji BN yang masih belum terlaksana. Namun, puak-puak BN ini seolah-olah "buta sejarah", maka mereka terus bermain dengan isu pembangunan dan projek mee segera untuk memancing undi. Maknanya, jika mereka menang sekali pun ia bukan bermakna sokongan ikhlas rakyat. Sebaliknya ia adalah secara "rela dalam paksa" atas tindakan tegas kerajaan terhadap rakyat itu sendiri. G

ara-gara takut dinafikan hak dalam banyak perkara, maka akhirnya dipangkah lambang dacing itu. Inilah dia yang berlaku kepada rakyat Malaysia sejak dulu lagi. Apakah di Hulu Selangor, Projek Mee Segera berjaya mengatasi hadiah penyapu yang diberikan oleh bekas Menteri Besar Selangor si Khir Toyo dulu agaknya.

Puak UMNO Mengganas Baling Objek Ke Masjid


Sekitar jam 12.00 tengahari tadi, beberapa orang penyokong UMNO dilihat telah membalingkan objek seperti botol air mineral yang berisi air dan putung kayu ke dalam kawasan masjid. Ia berikutan tidak berpuas hati akibat tewas dalam pertikaman lidah dengan penyokong Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS dan PKR.

Tindakan tersebut menyebab sebuah kereta Proton Perdana milik penyokong Pakatan Rakyat telah pecah cermin belakang akibat terkena objek terbabit. Kerugian dianggarkan bernilai lebih kurang RM1,000. Itulah dia budaya UMNO, yang tidak dapat memahami kesucian tempat ibadat umat Islam sehingga sanggup untuk melakukan perbuatan yang sedemikian rupa.


BN Pasang Bendera Dalam Kawasan Larangan

Sama ada disengajakan atau pun tikda, ramai yang terkejut dengan tindakan puak-puak BN yang dibenarkan memasang kain rentang dalam kawasan 100 meter ke pusat penamaan calon. Perkara ini disedar oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau pun tidak, itu kita tidak pasti.

Apa yang jelas ia membuktikan bahawa SPR tidak peka dengan mana-mana arahan yang dilanggar oleh pihak BN, sebaliknya begitu beriya-iya benar menyuruh parti lain mengikut arahan mereka. Inilah yang dikatakan cakap tidak serupa bikin.

Akhirnya sekitar jam 11 lebih iaitu ketika pengumuman rasmi nama-nama calon yang bertanding barulah pihak polis diarahkan menanggalkan kain rentang BN itu. Tindakan tersebut jelas sekali mengecewakan orang ramai di kawasan itu, malah mereka mengejek-ngejek pihak polis ketika menanggalkan semua kain rentang terbabit.


Puak UMNO Tidak Hormati Orang Islam Bersolat

Mungkin dek kerana terlalu ghairah untuk mencapai kemenangan dan meraikan pestanya, maka puak-puak UMNO BN dilihat lupa bahawa Bilik Gerakan mereka terletak betul-betul dihadapan Masjid Jamek Al-Rahimah. Mereka sewenang-wenangnya memasang lagu dan bunyi-bunyian yang kuat dan memekak ketika umat Islam sedang bersolat di masjid itu. Tindakan tersebut jelas sekali mengganggu keharmonian jemaah yang mahu menunaikan solat.

Malah tindakan tersebut juga amat tidak disenangi oleh pihak jawatankuasa masjid itu sendiri. Bunyi yang terlalu kuat juga tidak dihentikan ketika bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dioerdengarkan sebelum masuknya waktu solat zohor. Apa yang jelas dapat dilihat begitu sedikit jumlah puak-puak UMNO yang menghadirkan diri untuk bersolat secara jemaah di masjid. Mereka lebih suka berjuang tanpa memikirkan kewajipan terhadap Allah SWT itu sendiri sebenarnya. Islam dianggap enteng oleh mereka, demi kerana kuasa yang mahu diperjuangkan. Inilah dia bukti sebenar sikap puak-puak UMNO sejak dulu.


Masjid Jamek Al-Rahimah Menjadi Tumpuan

Sejak awal pagi lagi, Masjid Jamek Al-Rahimah dipenuhi dengan penyokong Pakatan Rakyat yang datang dari seluruh negara. Mungkin dek kerana keletihan perjalanan jauh, maka masing-masing tidur bergelimpangan memenuhi setiap ruang di dalam masjid. Kelihatan juga beberapa orang penyokong yang mengerjakan solat sunat ketika masing-masing senang enak dibuai mimpi.

Apa yang paling menarik ialah kita subuh menjelma, dimana orang ramai terpaksa berbaris panjang ketika berada di bilik air sama ada untuk mandi atau buang air. Suasana ini lebih hebat dari apa yang berlaku ketika mereka mengerjakan haji atau umrah di Tanah Suci Mekah. Masing-masing terpaksa berbaris sejak jam 4.00 pagi lagi untuk mengelakkan kelewatan. Dalam pada kesesakan itu, tidak kurang juga ada yang "potong barisan" dan merungut kerana tidak tahan.

Ruang letak kereta juga penuh sesak dengan kenderaan, manakala ada juga kenderaan yang diletakkan di pintu masuk Masjid Jamek telah ditunda oleh pihak berkuasa. Solat Subuh di masjid itu menempa sejarah apabila jemaahnya hampir menyamai jemaah solat Jumaat. Orang ramai didapati mula bergerak sekitar jam 7.00 pagi untuk ke pusat penamaan calon.


[LAPORAN BERGAMBAR & VIDEO MENYUSUL KEMUDIAN]

# Diharap Pengarah dan Pegawai2 SPR jangan LUPA AKAN MATI !

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.