Followers

Wednesday, April 14, 2010

Masih Memperjuangkan

Pembaca...Sungguh bertuah 'wira-wira' sukan negara Malaysia kita ini. Jangan kecewa sekiranya anak-anak anda kurang berjaya dalam pendidikan tetapi lebih berminat dalam bidang sukan/olahraga. Beri fokus sepenuhnya supaya mereka betul-betul berjaya kerana negara menyanjung tinggi ahli sukan yang mengharumkannya di persada antarabangsa. Tak usahlah mengharap sebarang pengiktirafan sekiranya anda berkorban demi untuk mempertahankan negara!!

Mengapa saya berkata begini? Baca saja keratan akhbar The Star bertarikh 1 April 2010...

Terbayangkah anda...dengan hanya melayakkan diri untuk bertanding Sukan Olympic, anda berhak menerima imbuhan RM2K sebulan setahun sebelum bermulanya sukan tersebut semasa menjalani latihan!! Dengan bersemangatkan slogan "Malaysia Boleh", berjaya pula membawa pulang pingat emas...RM1juta beb! Pencen bulanan RM5K dah gerenti...wow! Itu belum lagi imbuhan dari negeri kelahiran anda dan gelaran. Terbang ke luar negara sudah menjadi perkara biasa...latihan dan pra pertandingan di luar Malaysia.

Beginilah...sekiranya saya berusia 20'an sekarang ini dan memenangi pingat emas Olympic, ketibaan di LTAT Sepang disambut oleh Pak Menteri dan ramai lagi VVIP. Sudah tentu temu janji dengan PM. Negeri Perak pula menganugerah gelaran 'Datuk' dan sebidang tanah...maklumlah anak Perak. Jangan lupa...dah gerenti mendapat gelaran 'Olahragawan Negara'... cek lagi! Syarikat-syarikat sukan pula berebut-rebut untuk melantik saya sebagai 'Duta' keluaran produk mereka. Kerajaan juga menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di IPTA yang saya idamkan!! Anda pula, suka tak suka, kenalah panggil saya...Dato' Nor Ibrahim...He...he...he.

Itu 'wira-wira' sukan. Bagaimana pula 'wira-wira' yang terkorban dan cacat anggota tubuh badan yang terpaksa ditanggung sehingga akhir hayat? Penerima SP & PGB boleh dikategorikan bernasib baik kerana mereka diberi imbuhan dengan kadar...pada saya tak berbaloi dengan pengorbanan mereka! Yang lain-lain tu...melopong sajalah!!

Saya telah merayu kepada PM, Menteri Pertahanan sehingga ke Parlimen agar penerima JPP, PTU & KPK turut diberi imbuhan bulanan. Jawapannya...'tidak berprestij' dan 'ekonomi tidak mengizinkan'. Mana satu yang betul pun saya tidak tahu. Tup...tup...diam tak diam...Menteri Belia dan Sukan mengumumkan imbuhan tersebut.

Saya percaya e-mel yang saya layangkan kepada pihak berwajib di'delete' oleh penerimanya. Dah tak ada masa nak layan Mejar pencen ini. Namun demikian, untuk makluman, berita rasmi terkini yang saya terima ialah surat berikut...

Seorang pembaca, 'skot', telah memberi komen "....salam tuan... saya rasa agak susah jika tuan berjuang secara one man show. Saya syorkan tuan join PBTM dan membuat usul apa yang difikirkan perlu untuk diperjuangkan.tq". Mungkin benar apa yang beliau katakan. Untuk makluman, usul ini telah dibawa semasa Mesyuarat PBTM Cawangan Kubang Pasu pada 6 Mac 2010. Saya tidak dapat hadir kerana ketika itu sedang menarik troli semasa pertandingan 'Piala Keputeraan' di KKDR. Berikut adalah petikan dari PBTMK yang ditulis oleh En Hamzah Hj Dollah...

'Pingat Keberanian- PBTM Kubang Pasu komited membawa usul

Satu usul yang diutarakan oleh peserta dan diterima untuk dimajukan ke pihak atasan ialah berkenaan pembayaran elaun untuk penerima pingat Kepujian Perutusan Keberanian (KPK). Ketua Cawangan menjelaskan ianya akan dibawa sebagai usul untuk diperbincangkan di peringkat atasan.'

Sebagaimana yang disyorkan oleh penulis surat di atas '...agar pihak tuan dapat bersabar serta mendoakan yang terbaik agar usaha-usaha yang sedang dijalankan ini mencapai matlamatnya dan seterusnya menjadi realiti'....Amin!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.