CALON-CALON yang bertanding di Hulu Selangor,
(dari kiri) Chandran, Kamalanathan, Zaid dan Johan.
(dari kiri) Chandran, Kamalanathan, Zaid dan Johan.
Saya ingatkan selepas isu hangat beberapa org YB PKR lompat parti sebulan dua ini, yg menyebabkan org dah naik meluat kat PKR, maka cerita PRK Hulu Selangor tinggal cerita sajalah - tak ada sangat org nak peduli.
Bukan kata org lain, saya sendiri yg merupakan antara pengundi tetap Pakatan, saya sendiri rasa malas dan hilang minat nak sembang bab p.raya kecil yg melibatkan calun dari PKR ini, tambah-tambah bila Pakatan memilih Zaid yg masih belum pulih imejnya bab saman hudud hari itu sebagai calun.
Selalunya kalau ada PRK kecik kat
Pagi tadi dalam kereta atas jambatan Pulau Pinang on the way ke satu kursus anjuran syarikat di Penang, dua org kawan sekerja dlm kereta tu ada kemukakan soalan yg sama: "hang tak turun ka?....rasa-rasa Pakatan ada chance menang ka?..bla bla bla".
Saya jawab, saya kata ikut firasat saya Pakatan gerenti kalah kali ini. Pasal apa? ada DUA sebab utama. Pertama, sokongan rakyat terhadap PKR berada di tahap yg paling low sekali sejak zaman reformasi dulu, selepas mana beberapa org YB PKR mengkhianati rakyat dengan melompat parti. YB-YB tu tak sedaq diri yg rakyat mengundi depa hari tu bukan sebab nama depa atau nama parti PKR atau pun Pakatan Rakyat, tapi rakyat MEMANGKAH depa atas manifestasi ketidak puasan rakyat terhadap kerajaan BN/UMNO yg dok ada.
Rakyat tak puas hati di atas kesombongan dan kebongkakkan kjaan BN/UMNO hari tu yg merasa depa RAJA dan RAKYAT bawahan ni tak punya apa-apa; rakyat tak dak tempat nak ngadu, kalau telepon radio ka TV ka nanti line tiba-tiba terputus, tak puas hati tulis dlm internet, nanti kena tangkap, turun demo kalu depa hantar FRU, demo banyak sangat depa kata rakyat hat turun tu macam kera dll. Ringkasnya suara hati rakyat tidak dipeduli. Bila rakyat pangkah parti pembangkang dlm PRU12 hati tu, baru depa ternganga.
Rakyat puas hati bila suara keramat depa tu dapat diterjemahkan dengan kemenangan besar calun-calun Pakatan dlm PRU12 itu. Tapi, tiba-tiba, tak semena-mena, YB-YB yg tak sedaq diri tu boleh pi lompat parti masuk bebas mengkhianati UNDI yg rakyat berikan tu. Rakyat jadi marah dan naik darah.
Kerana tu bila hat lompat tu adalah YB-YB PKR, dan tiba-tiba Pakatan nak letak pulak calun PKR bertanding kat situ, rakyat yg masih tak puas hati kat BN/UMNO ini mungkin tinggal satu pilihan saja, tak keluar ngundi ataupun yg nak protes depa akan undi BN, terutamanya di kalangan pengundi bukan Melayu yg dlm PRU12 tu menjadi faktor penentu.
Yg kedua, sebab 53.9% pengundi adalah org Melayu, maka isu Zaid nak saman Hudud di Kelantan hari tu for sure akan datang mengganggu. Maka, Pakatan terpaksa bergantung kat undi Cina dan India saja, memang payah nak menang.
Satu lagi, saya melihat sejak Najib jadi PM, tak banyak isu yg ada dan banyak juga perubahan yg cuba dilakukan yg dirasakan akan menyebabkan pengundi2 bukan Melayu mungkin beralih kpd BN kali ini. Pengundi Melayu tak banyak beza sangat sebab mengikut kajian dlm PRU12 hari tu undi Melayu cuma swing dlm 5% saja; makna kata undi bukan Melayu lah yg akan jadi penentu.
Kalaulah kes lompat parti YB-YB PKR menjadi ukuran, maka dirasakan undi bukan Melayu pasti bukan milik Pakatan kali ini. Lalu, for sure Pakatan akan kalah terguling dlm PRK Hulu Selangor ini.
Itulah yg saya rasakan sehingga petang tadi.
Petang tadi, selepas habis kursus, saya makan semeja dengan 8 org rakan sekerja berbangsa Cina yg berasal drpd negeri-negeri yg berlainan di
Bila saya explain kat depa mcm yg saya tulis di atas, depa semua tak setuju; depa kata yg saya cakap itu tak serupa apa yg ditulis dalam surat khabar surat khabar Cina. Walaupun saya boleh cakap dan paham Mandarin sikit-sikit, tapi tang baca tu memang tak reti. Mengikut kata kwn-kwn saya ini:
Depa kata, pengundi-pengundi Cina tak kisah langsung dgn kes YB PKR lompat parti.
Depa kata, pengundi-pengundi Cina suka dengan pemilihan Zaid sebagai calun.
Depa kata, pengundi-pengundi India ada yg tak berkenan dengan calun BN.
Depa kata, semua rakyat perlu bersatu kalahkan BN.
Depa kata, hanya dengan cara tu saja, sistem dua parti di negara kita dpt diwujudkan.
Bila ada 2 parti, mcm jugak di Amerika, satu Pakatan dan satu lagi BN, maka rakyat akan jadi RAJA. Pakatan screw up kalu, kita undi BN. BN tak betul kalu, kita undi Pakatan semula, dan begitulah seterusnya.
Ooo...baru saya paham.
Macam tu kalu, kalaulah undi Melayu tak berubah, dan undi bukan Melayu menjadi penentu dlm p.raya kecik Hulu Selangor ini, maka saya terpaksa ubah statement saya yg awal tadi; adalah dirasakan kali ini insyaallah Pakatan ada harapan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.