MRK albanjari-Alhamdulillah! Hari ni ana dan teman2 dari PAS Taman Equine dapat meluangkan masa turun ke HS dan berkunjung di beberapa lokasi, Serendah, Bkt. Sentosa, Rasa, Batang Kali dll walaupun kami diarahkan turun pada 24 dan 25 april nanti namun kami mengambil langkah awal untuk meninjau apa yang perlu kami lakukan dan membuat persediaan yang sewajarnya.Alhamdulillah, ana berkesempatan berjumpa sahabat ana, alfadhil ustaz 'AB-albanjary' yang juga salah seorang dari team albanjari Online yang sejak awal berkampung di Markaz Ulama. Dan di dalam pertemuan ringkas di Markaz Ulama' di Bkt. Sentosa ana diberitahu betapa kuatnya karat keris umno-apco di Felda-felda seperti di Felda Sg. Tengi, Gedangsa, Sg Buaya dsb.
Kepada teman2 yang masih belum dapat meluangkan masa ambillah kesempatan untuk menunaikan amanah dalam gerak kerja dakwah di tempat2 panas khususnya di Felda2 itu. Dapatkan maklumat terus dari markaz pusat PAS atau PKR.
Ana sempat melihat bagaimana teman2 di markaz ulama bertungkus lumus menyiapkan jadual program ceramah khususnya di masjid2 dan surau untuk bingkisan ilmu kepada para pengundi sebelum hari pengundian nanti.
Sepanjang jalan dari Bkt. Sentosa ke Serendah ana dapati memang kurang poster atau bendera2 PKR, ana tak tahu kenapa ? Namun ana yakin kekurangan jentera parti itulah antara penyebabnya.
Fokus utama harus diberikan kepada kawasan2 Felda dan kawasan kampung2 tradisi kerana kepekatan mereka harus dicairkan dengan apa cara sekalipun untuk menjamin kemengan PR kerana kita sedia maklum kesemua DUN dibawah Parlimen Hulu Selangor masih milik UBNapco bahkan kemenangan Allahyarham Dr Zainal pun terlalu tipis dalam PRU 12 yang lalu.
Ana mengakui bahawa isu lompat Dr Halili bukan mudah-mudah kita nak kesampingkan kerana beliau pada tahun 1999 lalu adalah calon bagi kerusi Parlimen HS ini dan tentunya dia sudah mempunyai tapak dan penyokongnya sendiri.
Gerakan penerangan media juga perlu lebih agerasif lagi dalam membantu kempen ini dan harus bekerja dalam pasukan yang mantap.
Dalam maklumat yang kami terima kini UBNapco telah mengkesampingkan tempat2 atau lokaliti yang mereka yakin mereka tewas dan lebih memberikan tumpuan kepada kawasan2 yang mempunyai pengundi atas pagar dan menjaga dan mengepung kawasan2 tradisi mereka dari dicerobohi oleh petugas2 kita. Nah! Disinilah sebenarnya tugar besar yang sedang menanti kita umpamanya di kawasan perkampungan sekitar Batang Kali begitu ampuh dan selesa bagi UBNapco bertapak dan berdansa.
Poster2 mereka yang menyerang calon kita ( zaid minum arak tu )juga nampak seakan sudah mula terpahat dalam jiwa para pengundi dan kita patut berbuat sesuatu kerana mereka akan melihat poster2 itu dalam perjalanan mereka keluar masuk dan berada dimerata tempat.
Seorang petugas menjelaskan dengan sedikit rungutan " kita pun dah tak tau nak jawap macamane dengan isu gambar tu sebab hari2 depa tengok gambar tu.."
Kita jangan terlalu asyik dan gembira apabila melihat puluhan ribu datang membanjiri disetiap lokasi ceramah kerana bukan semua yang datang itu adalah pengundi di HS dan kebanyakkan mereka adalah pelancong pilihanraya.
Ana difahamkan DSAI akan berceramah di dua kawasan pada malam ini dan kemungkinan ia sesak namun itu bukanlah gambaran yang sebenarnya.Wallahualam...tahniah kepada sdr ali (ali-zaidan), FZT serta teman2 bloggers yang lain, teruskan usaha anda dan ana akan turun lagi pada 24 dan 25 nanti bersama bos utama albanjari Online, iaitu saudara al-banjari dari Perak. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.