Wednesday, April 21, 2010

(16) P094 - anjing kurap ! (update)

albanjari - Laporan dari Jin Gua Bukit Putus.

" Hulu Sgor makin hebat..bos. Jentera PRK Pakatan Rakyat sudah dapat 'kapsul' baru. Kapsul yang memang cukup untuk naikkan semangat 'askar-askar' tempur dibawah. Bukan sebarang 'kapsul' yang sedang me'remote' PRK Hulu Sgor sekarang bos..! " jin said.

Bomosiam said, " hang ingat news yg hang bawak tu terkini ker? Aku pukui 10 malam tadi dah tau benda ni. Hang pi mana ? 3 hari dari sekarang, memang patut sangat jentera PRK Hulu Sgor perlu di'remote' kapsul AMPUH tu. Perang makin hebat. Ni bukan nak tunjuk sapa hebat, sapa pandai beb ! Mencari kemenangan dan memastikan BN terus ditolak rakyat. Itu misinya.."

Jin Gua Bkt. Putus, " err..err..macamana bos boleh tau? Bos ada bela jin lain ker selain gua? Gua semalam dok kat bukit sentosa bos, layan ceramah best bos..! Kacang 'kuda' pun banyak juai bos..boleh dengaq sambil makan kacang kuda...sedap bos ! Bos nak dengaq mai sini..ada Youtube..layan bos..layan ! "

' bos..nak tanya bos, pasai bos panggil 2 ekor yang kuor PKR semalam 'pelakon jamban'? jin said.
" tu kira masih budi bahasa la lagi, kalau aku panggil depa 2 ekoq tu 'anjing kurap..' mau pitam laki depa bila baca blog aku ni..! " bomosiam said.

Sebahagian foto dalam ceramah malam tadi di Bukit Sentosa. Ehsan blogger pria-malaya.










berita seterusnya menyusul. (sumber foto - priamalaya)

Update - Gunting dalam lipatan
PAS sudah mendapat maklumat lebih awal bahawa Datuk Dr Halili Rahmat telah mengarahkan penyokong-penyokong setianya menyamar untuk mensabotaj gerak kerja Pakatan Rakyat (PR) di Hulu Selangor.

Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, PAS telah terlebih dahulu bertindak membuka bilik-bilik gerakan di setiap unit peti undi (UPU) sebagai sokongan kepada jentera PKR. Dengan itu, katanya PAS tidak melihat kemasukan Dr Halili ke dalam Umno semalam sebagai satu ancaman besar kepada gerak kerja PR di Hulu Selangor.

“Perkara ini sudah dijangkakan lebih awal dan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon adalah pemilihan yang paling tepat,” ujarnya. Menurutnya, gabungan jentera pilihan raya Pakatan dari seluruh negara tidak mampu dihalang oleh Dr Halili dan penyokong-penyokong yang membelot kepada PKR.

“PAS berterima kasih kerana akhirnya Dr Halili mengakui identiti sebenarnya, dan ini memudahkan gerak kerja Pakatan di Hulu Selangor,” ujarnya.

Tambahnya, untuk gelombang seterusnya PAS akan mengerakkan full enforcement dari setiap negeri, bagi memastikan gerak kerja berganda dapat dilakukan. Katanya, beberapa markas PAS di UPU Hulu Selangor juga dijadikan markas utama bagi memudahkan gerak kerja. Tambahnya, petugas PAS diminta melaporkan diri di markas-markas yang telah ditetapkan, dan menumpukan kerja-kerja kempen mengikut jadual yang ditetapkan.

Beliau menambah, BN akan terus berputih mata melihat kesatuan erat komponen Pakatan di Hulu Selangor yang selama ini sering digambarkan mengalami masalah. Hakikatnya, kata beliau jentera BN belum mampu disatukan ekoran pemboikotan ahli-ahli Umno yang tidak puas hati terhadap Datuk Seri Najib Razak kerana memberikan kerusi calon kepada MIC.

Justertu, katanya PAS akan terus memberikan komitmen membantu jentera PKR untuk kebaikan rakyat di Hulu Selangor yang sudah lama diabaikan BN. Katanya, walaupun mereka sudah menang 11 penggal di Parlimen Hulu Selangor dan menguasai tiga Dun hingga ke hari ini, tetapi masih banyak kekurangan dan pembangunan yang gagal dilaksanakan.

“Setiap kali pilihan raya mereka berjanji, tetapi habis pilihan raya mereka tidak peduli lagi. Yang pasti janji BN dulu, kini dan selamanya tetap sama, iaitu pembangunan dan pembangunan. Itu sahaja yang mereka tahu,” katanya lagi. PAS, tegasnya yakin rakyat yang bijak akan pasti menolak BN di dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad ini.

“Undilah calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim sebagai signal bahawa rakyat Hulu Selangor benar-benar mahukan perubahan,” ujarnya. - Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.