Thursday, February 18, 2010

Sensasi: Imej Najib Kini Semakin Tercalar, Selepas Australia Mendesak Kes Anwar Di Gugur Terbaru Pemimpin Amerika Pula Mahukan Tindakan Sama

Setelah 50 Ahli Parlimen Australia mengorak langkah mendesak agar fitnah dan tuduhan palsu terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan kini Amerika pula menambah tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam Pengerusi Jawatankuasa Senat Mengenai Hubungan Luar, Senator John Kerry (foto), menegaskan kerajaan Malaysia perlu memastikan bahawa proses perbicaraan terhadap Datuk Seri Anwar perlu dijalankan mengikut lunas undang-undang serta keadilan.

"Saya menyeru kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memastikan prosiding undang-undang terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri mencapai resolusi yang keputusan yang adil dan saksama. "Perbicaraan kes pertama terhadap Anwar telah menjangkau lebih 10 tahun, pertuduhan yang kemudiannya digugurkan oleh Mahkamah Persekutuan. Pertuduhan terbaru terhadap beliau hampir mirip kepada caj yang dikenakan terhadap beliau dahulu dan telah disabitkan kepadanya sejurus beliau dilantik semula sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang. "Saya mendesak kerajaan Malaysia agar memberikan beliau segala perlindungan di bawah undang-undang negara sebagaimana beliau berhak sebagai Ahli Parliament dan warganegara serta menyelesaikan kes terhadap beliau dalam suasana yang mampu membina keyakinan terhadap kebebasan dan kredibiliti badan kehakiman Malaysia," kata satu kenyataan oleh pejabat beliau.


Nampaknya, kini kerajaan Malaysia pimpinan Najib Razak semakin bertambah pening dibuatnya. Selepas Australia kini Amerika dan selepas ini mungkin banyak lagi negara luar akan berbuat demikian. Inilah padahnya bila membuat sesuatu kes yang tidak masuk dek akal. Hanya puak-puak UMNO BN sahaja yang terpaksa percaya dengan kes liwat terbaru Anwar ini sebenarnya. Bagi mereka yang mempunyai otak dan pemikiran yang waras pasti akan tertawa dan tersenyum melihat sandiwara "konspirasi politik 2" terhadap Anwar ini. Apakah NGO yang berdemo di Kedutaan Australia hari ini akan menyambung pula demonstrasi mereka di Kedutaan Amerika esok. Apapun, kita sama-sama saksikan episod memalukan ini. Andainya kes Anwar disiasat oleh agen perisik Amerika (FBI) sudah pasti kes tersebut akan dibuang begitu sahaja. Malah ia juga tidak sesuai untuk ditayangkan dalam rancang CSI di kaca TV sebenarnya. Oleh itu, marilah kita teruskan sokongan agar kes fitnah ini digugurkan].

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.