Followers

Tuesday, February 2, 2010

Perbicaraan Berkisar Soal Penangguhan Kes Liwat - YB Karpal Singh

KUALA LUMPUR, 2 Feb [2.30 pm] - Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan petang ini dengan peguam Anwar, Karpal Singh (foto), berhujah kenapa perbicaraan itu perlu ditangguhkan. Mahkamah kemudian berehat sementara untuk hakim menimbang hujah dan membuat keputusan.

Anwar pagi tadi memohon bagi menangguhkan perbicaraan kes liwat beliau. Karpal berkata, penangguhan itu diperlukan kerana mereka perlu memfailkan permohonan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar untuk diberikan akses kepada dokumen daripada pihak pendakwaan untuk tujuan pembelaannya.


Terdahulu, kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan akan menemui Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff esok bagi membincangkan tentang perkara berkaitan permohonan semakan kes berkenaan. Karpal berkata Alauddin semasa dihubunginya menerusi telefon bersetuju menemui kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan, selepas kedua-dua pihak yang bergegas ke Istana Kehakiman di Putrajaya pagi ini gagal menemui Zaki. Karpal berkata beliau dimaklumkan Zaki hadiri mesyuarat di Kuala Lumpur manakala Alauddin mempunyai temu janji perubatan.


[Mahkamah Tinggi dilihat sengaja menggunakan kuasa untuk memastikan Anwar gagal dalam perbicaraan yang bakal dilaluinya. Langkah tidak membenarkan salinan dokumen penting diberikan kepada tertuduh, termasuk laporan polis itu jelas sekali merupakan penganiayaan terhadap tertuduh. Jika bukan Anwar Ibrahim sekali pun, ia tetap salah disisi undang-undang dan sebagai rakyat Malaysia kita ada hak untuk itu. Bukankah dokumen original ada pada mereka, kenapa terlalu takut untuk berhadapan dengan kenyataan jika yakin berada di pihak yang benar?].

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.