Followers

Wednesday, January 27, 2010

YB Karpal: AG gagal serah 'fiat' dakwa Lingam




Peguam veteran Karpal Singh berkata Peguam Negara
Tan Sri Abdul Gani Patail tidak menyerahkan sijil perintah 'fiat'
bagi memberi kuasa kepadanya untuk mendakwa
peguam Datuk VK Lingam (bawah).


Katanya, beliau menerima sepucuk surat daripada
Abdul Gani semalam dengan menyatakan bahawa
dia tidak dapat mengeluarkan perintah itu mengikut
Seksyen 379 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).


"Hujah Peguam Negara tidak dapat menyediakan atau
mengeluarkan perintah 'fiat' di bawah Seksyen 379 itu
berkaitan dengan cara
memulakan pendakwaan jenayah.


"Ia tidak memperuntukkan untuk memulakan sebuah
pendakwaan jenayah," kata Karpal dalam kenyataan hari ini.


(Perintah 'fiat' merupakan perintah ringkas atau
waran seorang hakim atau majistret dalam
mengarahkan sesuatu tindakan diambil).


Lingam dikaitkan dengan skandal melobi dan mempengaruhi
urusan pelantikan hakim-hakim setelah klip video
perbualan telefon beliau tersebar luas.


Karpal (kanan) berkata tindakan memulakan sebuah
pendakwaan jenayah diperuntukan mengikut Artikel 145 (3)
Perlembagaan Persekutuan, dibaca bersama Seksyen 376 (1) CPC.


Katanya hujahan Abdul Gani itu hanya semata-mata dari
segi undang-undang dan wujud bahan yang secukupnya terhadap syor Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk memulakan prosiding
enayah terhadap Lingam.


Karpal meminta Abdul Gani (kiri) untuk menyemak semula
kedudukannya dan memulakan prosiding jenayah terhadap Lingam dan membenarkannya mendakwa peguam itu kecuali Peguam Negara atau pegawainya tidak mahu berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.