Sunday, January 24, 2010

Wanita PKR saran 'ulama' Jais, Mais ditukar - malaysiakini



Wanita PKR menyokong gesaan ahli parlimen Shah Alam
YB Khalid Samad supaya pentadbiran Majlis Agama Islam
Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)
ditukar dengan ulama yang "bebas daripada fahaman politik".


Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, gesaan Khalid
itu senada dengan pandangannya yang pernah disuarakan
pada 1 November lalu di Parlimen, termasuk meminta
kedudukan Pengarah Jais Datuk Mohd Khusrin Munawi dinilai semula.


Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini hari ini, ahli parlimen
Ampang itu membayangkan dua badan agama itu
'menganiayanya' berikutan cadangannya dua bulan lalu itu.


Beliau mendakwa, Jais menyenaraihitamkan namanya,
termasuk mengeluarkannya sebagai ahli panel daripada sebuah
forum keagamaan malam esok di Klang.


"Saya difahamkan oleh penganjur bahawa nama saya
dikeluarkan oleh Jais tanpa alasan, dan mereka enggan
menyatakannya dalam bentuk hitam-putih (bertulis)," katanya.


"Bagaimanapun, saya akan tetap hadir dan lihat apa yang
terjadi. Saya percaya Jais kembali kepada saya ekoran
penglibatan saya dalam kes bekas mufti Perlis
Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"
Zuraida antara pemimpin politik yang menghadiri kuliah
mufti kontroversi itu ketika beliau ditangkap atas
dakwaan mengajar tanpa tauliah hujung tahun lalu.


Rancang menghadap Sultan Selangor

Zuraida selepas itu konsisten mengecam tindakan tersebut.


Zuraida juga berkata, seperti Khalid, beliau juga merancang
menghadap Sultan Selangor dalam masa terdekat bagi
mencadangkan pertukaran pentadbiran Jais dan Mais.


Semalam, Khalid mengulangi desakan supaya pentadbiran
Jais dan Mais ditukar dengan mereka yang berpengetahuan agama,
yang bebas dari kefahaman politik selain politik Islam.


Katanya ramai ulama yang berpengalaman seperti
Daeng Sanusi Daeng Mariok, Datuk Ismail Kamus dan
Datuk Haron Din, boleh diberi peluang
untuk menerajui pentadbiran baru.


Khalid yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS
Selangor mengadap Sultan Selangor pagi ini. Isu itu
dijangka dibangkitkan dalam pertemuan
empat mata dengan baginda.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.