Saturday, January 23, 2010

Kerajaan Umno-BN Gagal Bina Masjid Di Sri Muda

Keghairahan Umno-Barisan Nasional mempertahankan kalimah Allah baru-baru ini dilihat sandiwara politik murahan semata-mata.

Pada masa yang sama mereka gagal menyediakan masjid di kawasan Dewan Negeri Sri Muda.

Menurut Adun Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafie, terdapat 3 tapak masjid yang diperuntukkan dalam kawasannya.


Namun sejak 25 tahun lalu tiada bangunan masjid didirikan melainkan pusat mencuci kereta dan restoran makanan.


Bagaimanapun dalam Belanjawan 2010 yang dibentangkan kerajaan negeri baru-baru ini, Shuhaimi berkata 1 juta ringgi berjaya diperolehi dari Jabatan Agama Islam Selangor namun ia masih tidak mencukupi untuk tujuan itu.


"Kita ada tiga tapak masjid yang lebih daripada 25 tahun untuk dibangunkan tetapi belum diusahakan. Dalam bajet 2010 saya dah dapatkan sebanyak RM1 juta daripada Jais dan jumlah itu memang tidak cukup.


"Jadi saya nak minta supaya kerajaan negeri tambah lagi RM2 juta, mencukupkan 3 juta untuk bina masjid di Taman Sri Muda, tapak yang digunakan buat kereta itu," katanya kepada Tv Selangor ketika ditemui di pejabatnya di Kota Kemuning.


Beliau menggesa kerajaan negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelesaikan masalah pemberian tanah di kawasannya yang sudah berlarutan sejak 30 tahun lalu.


Katanya, kekeliruan timbul apabila urusan pemilikan tanah di kawasannya bercelaru disebabkan terdapat dua Pejabat Tanah dan Daerah iaitu Klang dan Petaling.


"Pembahagian tanah dalam Dun Sri Muda ini kita minta sangat Pejabat Tanah dan Daerah, saya ada 2 Pejabat Tanah dan Daerah dalam kawasan saya, Klang dan Petaling, membantu segera menyelesaikan kes yang melibatkan tanah di Kampung Bukit Lanchong, Kg Lombong, Kg Jalan Kebun, Kg Sri Nadi, ia mesti adakan segera sebuah jawatankuasa yang boleh kita perakukan supaya pemberian tanah ini boleh kita segerakan kepada rakyat, mereka dah minta 30-40 tahun," katanya.


sumber: tvselangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.