Sunday, January 24, 2010

9 pelajar ditahan bantah p'raya kampus




Sembilan pelajar universiti ditahan ketika berhimpun di
ibunegara kerana membantah proses pilihan raya kampus.


Mereka adalah antara 200 pelajar yang menyertai
bantahan tersebut di Menara Tun Razak di Jalan Raja
sebelum berarak ke kompleks membelibelah Sogo kira-kira
setengah kilometer dari situ, di mana mereka berhasrat
untuk menyebarkan risalah kepada orang ramai.


Ketika sampai di Sogo, mereka diarahkan oleh polis supaya bersurai.


Sembilan daripada mereka kemudiannya ditahan polis
kerana didakwa gagal berbuat demikian.

Mereka ialah Hilman Idham, Aizat Salleh, Mohammad
Za'im Mustapha, Ahmad Shukri Kamarudin, Ahmad Syukri
Abdul Razak, Mohammad Idris Yusoff, Fikhri Harun,
Syahriul Ismail dan Ridhuan Jamil.


Mereka yang terdiri daripada anggota beberapa pertubuhan
pelajar universiti di sekitar Lembah Klang, dibawa ke ibupejabat
polis Dang Wangi untuk disoalsiasat.


Penangkapan mereka bermula apabila polis tiba lima
minit selepas kumpulan pelajar tersebut
berarak dari Menara Tun Razak.


Pihak polis kemudiannya terus mengarahkan mereka
menurunkan kain rentang bantahan mereka
serta bersurai dalam masa lima minit

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.