Mesyuarat Ketiga Bajet Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor yang kedua belas tahun 2009 berakhir hari ini dengan hampir semua perwakilan hadir dalam sesi pembentangan dan perbahasan.
Malah prestasi yang ditunjukkan oleh barisan perwakilan Pakatan Rakyat turut meningkat dan memuaskan. Walaubagaimanapun, menurut Speaker Dewan Negeri Selangor ,Teng Chang Kim ,berlaku sebaliknya dengan apa yang ditunjukkan oleh barisan pembangkang. "Yang menghampakan adalah Adun Pembangkang (umno/bn) yang nampaknya tidak begitu berminat membahaskan usul-usul dan rang undang-undang yang telah dibentangkan dan saya kurang pasti," katanya. Teng berkata dari segi pemahaman institusi dewan yang membuat rang undang-undang Umno-BN mungkin memerlukan kursus bagi menilai prestasi kerja mereka. "Saya kira mungkin pihak BN perlu mengadakan kursus untuk mereka, kerana agaknya mereka sudah lama menjadi pemerintah selama 50 tahun dan mungkin sebelum ini mereka telah mengabaikan tugas mereka sebagai Adun sebagai pembuat undang-undang di dewan negeri, termasuk kehadiran," katanya. Menurut Teng lagi tindakan yang sewajarnya akan diambil kepada mana-mana perwakilan yang gagal menghadiri sidang Dewan Negeri Selangor.
"Genap enam bulan mereka tidak hadir maka dengan itu mengikut undang-undang tubuh negeri Selangor speaker dikehendaki mengisytihar kerusi itu kosong," katanya.
sumber: tvselangor
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.