YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad,
Asalamualaikum
wbt Tun. Saya mendoakan agar Tun sentiasa diberikan kesihatan dan
hidayah oleh Allah SWT. Pada mulanya, saya ingin menulis surat ini di
dalam Bahasa Inggeris, tetapi biarlah saya meneruskan tulisan dengan
bahasa ibunda kita agar ramai dapat membaca dan memahami surat ini.
YABhg
Tun, sejak kebelakangan ini saya lihat Tun sangat aktif berada di
pentas politik untuk mendesak DS Najib meletakkan jawatan.
Tun
menghabiskan banyak masa menghadiri forum, bual bicara, program dan
perjumpaan tertutup untuk meluahkan ketidakpuasan hati Tun mengenai
pengurusan kerajaan dibawah pimpinan DS Najib.
Sudah tentu, topik 1MDB
merupakan topik yang paling utama dalam setiap ucapan Tun.
Tetapi
disebalik semua ini, adakah Tun sedar bahawa Tun merupakan pengerusi
Proton dan Proton sedang menghadapi masalah yang sangat besar. Saya
tidak menulis surat ini berdasarkan kata-kata orang atau cakap-cakap
pasar, tetapi sebagai salah seorang vendor Proton.
Kami
tahu Proton sedang mengalami masalah yang sangat besar kerana Proton
sudah mula tidak membayar kami. Proton sedang cuba membuat satu solusi
bodoh dengan menawarkan kereta-kereta yang tidak terjual sebagai
‘contra’ bayaran untuk kami.
Adakah Proton sedar bahawa kami ini bukan
salesman kereta tetapi kilang komponen kereta.
Selain
6000 pekerja Proton, terdapat beratus vendor Tier 1, 2 dan 3 dan
puluhan ribu pekerja yang bekerja dengan syarikat-syarikat vendor ini.
Masalah 1MDB (yang dilihat kini mempunyai jalan penyelesaian selepas
penjualan Edra) tidak akan membuatkan puluhan ribu rakyat tiba-tiba
hilang pekerjaan serta merta. Tetapi masalah Proton akan mengakibatkan
jutaan ringgit kerugian pada usahawan bumiputera dan puluhan ribu
pekerja hilang punca pendapatan dalam masa 2-3 bulan sahaja lagi.
Tun
perlu ingat, operator-operator kilang ini datang dari keluarga susah
dengan pendapatan RM900 sebulan sahaja!
Saya
mohon pada Tun, janganlah dibazirkan masa Tun sendiri dan orang Melayu
dengan politik. Pilihanraya lambat lagi, pemilihan UMNO pun lambat lagi,
kalau Tun ceramah hari-hari pun DS Najib tak akan letak jawatan.
Lebih
baik Tun ambil berat masalah Proton yang sedang nazak, lebih nazak
daripada 1MDB.
Terlalu
banyak kesilapan yang dibuat oleh Proton, sebelum dan selepas Tun jadi
Pengerusi. Kami lihat sejak Tun jadi Pengerusi keadaan lebih teruk.
Jangan disalahkan kerajaan kerana tidak memberi bantuan RM3billion
kepada Proton untuk R&D.
Itu adalah alasan bodoh bagi kami, kerana
kami tahu setakat mana kemampuan Proton untuk menggunakan wang
RM3billion itu sebaiknya untuk R&D setaraf pengeluar kereta asing.
Kalau ‘drawing simple part’ pun boleh bertukar-tukar sampai berkali-kali
dan akhirnya technician saya yang cuma lulusan SPM pun lebih bijak dari
engineer Proton.
Sekarang
ini Proton sedang kelam kabut dengan development Persona R, Saga R dan
Perdana Baru. Kerja Proton memang kelam kabut, suka buat kerja saat-saat
akhir dan suka tukar keputusan.
Nak mass production untuk Persona bulan
1, sampai hari ini banyak keputusan belum diselesaikan. Saga R mass
production bulan 4 tetapi design part pun belum confirm! Kalau Perodua,
tahun depan nak mass production, tahun lepas sudah selesai semuanya.
Bercakap
pasal Perdana pula, saya tak tahulah ini ego Tun atau ego Proton nak
buat Perdana baru. Adakah Tun atau Proton terlalu naif untuk fikir
bahawa Perdana tersebut tidak akan dapat dijual? Sedangkan model Preve
dan Suprima yang kononya bakal mencecah jualan ribuan unit sebulan
sekarang cuma terjual 100-200 unit sahaja.
Bagaimana Perodua boleh
menjual Myvi (6000 unit sebulan), Alza (3000 unit sebulan), Axia (12,000
unit sebulan)? Jawapanya mudah, ianya mampu milik! Jika harga Proton
sudah cecah hampir RM70-80k, orang Malaysia sudah tentu lebih berminat
beli kereta import seperti honda atau toyota walaupun 2nd hand.
Padanlah
sampai sekarang pun ramai vendor menolak untuk mengambil kontrak
Perdana.
Berapa juta Proton habiskan untuk beri kepada syarikat Dream
Edge untuk reka Perdana baru? Kenapa tidak guna duit itu untuk beri
kepada R&D Proton untuk develop kereta yang mampu milik seperti
Perodua.
Nanti kalau Perdana tak dapat jual, Tun akan paksa kerajaan
beli, kalau kerajaan tak beli (sebab baru ganti perdana lama dengan
perdana kahwin honda), Tun akan marah DS Najib lagi.
Eloklah
Tun luangkan masa untuk Proton. Lihatlah bagaimana pengurusan Perodua
baik daripada pihak Malaysia dan juga pihak Daihatsu. 2-3 orang Jepun di
Perodua lebih cekap daripada 2-3 ratus pekerja di Proton. Lawatan Tun
ke Perodua pun menjadi bahan ketawa kepada mereka semua.
Tun tidak harus
menyalahkan kerajaan sikit pun atas kegagalan Proton, kerana Perodua
juga syarikat Malaysia tetapi mampu bersaing dan mampu maju tanpa
bantuan kerajaan.
Lihatlah
pada pengurusan Proton, mereka tidak kompeten, tidak cekap dan ada yang
tidak amanah. Tun fikirlah bagaimana Perodua boleh memperolehi harga
komponen dengan lebih murah, tetapi komponen yang sama bila ke Proton
menjadi lebih mahal.
Makna, banyak ketirisan terjadi dalam Proton. Saya
akan menceritakan ketirisan-ketirisan ini dalam surat saya yang kedua,
bagaimana ada beberapa orang dari pihak pengurusan dan pembelian Proton
yang tidak amanah.
Kalau
bab berlagak dan bodoh sombong bila datang ke tempat vendor, serahlah
pada Proton.
Memang berlagaknya nombor 1, mengalahkan Perodua, Honda,
Volkswagen dan lain-lain OEM yang volumenya jauh lebih tinggi dari
Proton dan paling penting, mereka semua bayar supplier!
Jika
Proton tidak berubah dalam masa terdekat ini, mungkin vendor-vendor
akan sepakat untuk memberhentikan supply kepada Proton.
Production line
Proton akan terhenti dan Proton tidak akan ada kereta untuk dikeluar dan
dijualkan. Jangan salahkan kami, kerana hutang Proton kepada kami
vendor-vendor bumiputera ini dah cecah ratusan juta!
Banyak lagi cerita
buruk Proton yang kami dengar dan kami tahu. Ada yang kata Proton
membayar sewa tanah bernilai jutaan ringgit sebulan pada ahli keluarga
Tun.
Benar atau tidak, itu kami tak kisah jika Proton mampu menjalankan
perniagaan dengan baik.
Kami
merupakan antara usahawan yang paling cekal di Malaysia. Saya mempuyai
beberapa syarikat lain yang menceburi bidang construction, trading,
development dan macam-macam lagi. Tetapi bidang automotive manufacturing
ini adalah yang paling mencabar kerana memerlukan sistem, kualiti,
ketepatan masa dan pengurusan yang sangat cekap seperti syarikat Jepun.
Kepada
mereka yang tidak mempercayakan surat ini, boleh pergi mana-mana kilang
pembuatan komponen automotif dan tanya, ‘Bagaimana Proton?’. Anda akan
dengar caci, maki, kutuk, kisah teraniya, ditipu dan macam-macam lagi.
Jika tanya, ‘Bagaimana Perodua?’ anda akan dapat jawapan ‘sangat
mencabar, tetapi payment tak pernah lambat, volume sentiasa tinggi’.
Walaupun berurusan dengan Perodua lebih memeningkan kepala kerana
terpaksa mengikut standard yang tinggi yang diletakkan oleh Jepun dari
Daihatsu, ianya lebih berbaloi.
Jepun Daihatsu akan datang ‘spot check’
kilang kami secara mengejut pada jam 7.30 pagi untuk memastikan operasi
kami sentiasa dalam keadaan yang memuaskan!
Nasihat
saya pada Tun, tengoklah Proton. Janganlah buang masa dengan
Khairuddin, Anina, Amidah dan kawan-kawan Tun lain yang asik nak
berpolitik sahaja! Buat malu je bangsa Melayu dengan Jepun-jepun dekat
Perodua tu.
Kalau perlu RM3billion nak bayar hutang, cakap lah terus
terang dekat kerajaan, mana tahu mereka boleh bantu beri pinjam. Jangan
berselidung disebalik alasan R&D, memang tak munasabah.
Ariff Abd. Md
Tier 1 and 2 Automotive Supplier,
ISO TS 16949 & MS ISO 9001:2008 Certified Company
Specialise in High Precision Parts
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.