Saturday, December 19, 2015

Sultan makan di restoran mamak dipuji rakyat FMT Reporters


SUltan JOhor

Para netizen selain memuji tindakan baginda turut menyatakan beliau sebagai Sultan Berjiwa Rakyat.

PETALING JAYA: Tiga keping gambar Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersarapan di restoran mamak di Muar bersama rakyat jelata menjadi viral dalam kalangan netizen.

Gambar yang dikongsi dalam laman sosial Facebook Buletin TV3 menyatakan Sultan Johor bersarapan di restoran yang sama selama dua hari berturut-turut.

“Tanpa sebarang protokol baginda berjalan masuk ke Restoran Ansar lalu duduk memesan roti canai seperti rakyat biasa.

“Baginda berbuat demikian selepas Solat Subuh.

“Sultan Ibrahim turut bersedekah dengan membayar makanan dan minuman semua pelanggan di situ,” memetik status yang dimuat naik dalam laman itu.

“Rakyat yang bertemu baginda tidak putus-putus mengucapkan takziah di atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil serta mendoakan agar rohnya diletakkan bersama mereka yang beriman.

“Sultan Ibrahim juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang menziarahi baginda,” sambungnya.
Para netizen selain memuji tindakan baginda turut menyatakan beliau sebagai Sultan Berjiwa Rakyat.

Seorang pengguna Facebook, Amani Junoh berkata: “Baginda tidak kisah jadi macam rakyat biasa. Keluar istana tanpa ada pengawal sebab dia tau dia takde salah degan rakyatnya. Tapi ade orang tu pegi buat haji pun nak kena keliling dengan pengawal. 

Walhal di tanah suci tak perlu nak bawa darjat dunia. Allah pandang semua sama je”.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.