Tuesday, December 22, 2015

SIKAP BANGSA BODEK AMPU


Ismaily Bungsu C's photo.

KETIKA saya dalam perkhidmatan awam memang kawan baik dengan Datuk Safiee Apdal dan sesudah dia duduki kerusi menteri, saya tidak mahu mendekat meski ada kesempatan tetapi selalu ketemu di mana2 dia akan sapa saya dan kami sama macam biasa. Saya tidak melihat dia sombong takbur dan ego. Dia jenis santai dan selamba.

Ramai kritik dia dikaitkan hal2 peribadi dan itu saya tak peduli sebab bila disentuh hal-hal peribadi saya tidak minat langsung sebab tiada kaitan dan lagi hal peribadi tidak harus dikaitkan dengan dunia politiknya, selagi dia mampu ya silakan dan tiada siapa berhak menegah sebab itu sunah nabi.

Soal TS Muhyddin pula memang saya tak biasa dan tak pernbah bercakap termasuk juga Mahathir tetapi saya memerhatikan cara mereka berpolitik, Kalau keduanya ini juga sombong sudah pasti Mahathir tidak duduki kerusi PM selama 22 tahun dan tidak mungkin juga Muhyddin sempat duduki kerusi timbalan perdana menteri Malaysia.

Siapa kita mahu mempertikaikan keduanya termasuk Datuk Safiee Apdal yang sudah banyak berjasa kepada bangsa dan negara?

Selama inipun saya tidak pernah mengkritik menyentuh hal peribadi mereka yang dimaksudkan kecuali cara mereka tadbir negara, tetapi setakat ini saya tidak pernah menyentuh kepimpinan Muhyddin dan Safie Apdal yang jelas belum teruji.

Masalah sikap bangsa kita ini rata2 rapat dengan menteri ada tujuan lain iaitu mahu mendapatkan projek agar dapatlah diri digelar sebagai orang kaya baru yang pandu ninja dan mercedes sambil bergaya sombong dan tembirang bukan main hebat tak peduli kawan sebelah dilihat macam sampah.

Bila Datuk Safiee Apdal tidak lagi berkuasa dan demikian juga TS Muhyddin maka adalah suara2 sombang mengatakan keduanya sombong. Apakah mereka berdua benar2 sombong? apakah benar mereka ini tidak peduli rakyat dan apakah sekadar satu suara boleh dipercaya banding ada 30 juta rakyat malaysia ini?

Keduanya mereka ini termasuk Mahathir sebenarnya tidak membuat apa-apa kesalahan selain hanya menegur kesan tindakan Najib yang cukup membahayakan negara bangsa.

Saya memerhatikan ketiga pemimpin ini bukan memikirkan perut diri mereka sendiri semata tetapi memikirkan jenerasi mendatang dan rakyat Malaysia harus tahu ini dan kalau kepimpinan yang ada sekarang ini terus berkuasa dan tidak ada perubahan maka jelas negara kita dalam bencana.



ISMAILY BUNGSU
sabah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.