Saturday, December 26, 2015

Sambutan Krismas tidak dilarang di Brunei - FMT Reporters

brunei,krismas
 
December 26, 2015

Seorang pengguna laman sosial menceritakan pengalamannya meninjau sambutan Krismas di Brunei.

PETALING JAYA: Kerajaan Brunei tidak melarang sepenuhnya sambutan Krismas di negara itu seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.

Sebaliknya, larangan itu hanya untuk orang Islam kerana menyalahi hukum syarak dan di tempat-tempat awam manakala penganut Kristian masih boleh meraikannya di gereja dan tempat atau premis persendirian.

Menurut seorang pengguna laman sosial, Muhamad Harris Nasril yang membuat tinjauan di dua gereja di negara itu mendapati, penganut Kristian masih bebas menyambut Hari Krismas.

Katanya, ia, sekaligus menafikan laporan media antarabangsa yang turut dipetik beberapa media di Malaysia yang mendakwa kerajaan Brunei mengharamkan sepenuhnya sambutan Krismas di negara itu.

“Larangan tersebut hanyalah terpakai kepada orang Islam sahaja dan di tempat-tempat awam. Di gereja dan tempat-tempat persendirian, sambutan berlangsung seperti biasa,” tulisnya di Facebook.

Dia yang juga aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) menceritakan pengalamannya masuk ke gereja untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana sambutan Krismas di negara berkenaan.

“Saya ada berbual dengan seorang perempuan di luar gereja, saya memberitahu telahan saya yang Krismas dilarang sambutannya di Brunei?

“Dia memberitahu yang larangannya hanya untuk orang Islam dan di tempat-tempat awam manakala dalam gereja dan tempat persendirian, mereka boleh sambut seperti biasa. Itu menerangkan dengan jelas mengapa saya tidak nampak sebarang pokok Krismas di dalam pusat beli-belah,” tulis Muhamad Harris.


Dia membuat tinjauan itu di gereja terbesar di Brunei, Church of Our Lady of the Assumption dan St Andrews Church.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.