Pemerintah pertimbang kritikan, cadangan keatas RUU MKN dan akan melaksanakan penambahbaikan di masa hadapan
Shahidan turut berikrar RUU itu akan ditambah baik bagi menghalang penyalahgunaannya.
“Kita beri perhatian yang lebih kepada semua kritikan membina dan cadangan yang diberikan oleh mereka yang terlibat dalam perbahasan sejak dua hari lalu dan kerajaan berikrar akan pertimbangkan,” katanya.
“Sekiranya ada kekurangan pada RUU ini, kita akan berusaha untuk menambahbaik undang-undang itu di masa hadapan,” kata Shahidan dalam ucapan penggulungan perbahasan RUU MKN.
Beliau mengingatkan bahawa pentingnya RUU itu ditafsir dari sudut pandang yang pragmatik, dan bukan berasaskan “ketakutan”.
Sebelum itu, Senator Suhaimi Abdullah dari Barisan Nasional menggesa pentadbiran Najib supaya mengambil kira kebimbangan di kalangan anggota Dewan Rakyat yang bimbang undang-undang itu akan disalahguna.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.