PEMIMPIN DAP Perak, Nga Kor Ming dikutuk oleh pengguna Facebook (FB) kerana menghina pakaian umat Islam melalui sebuah status berserta poster yang dimuat naik di akaun FB miliknya.
Di dalam
poster bertulisan Cina itu, Nga menyindir pakaian purdah yang dipakai
oleh sebahagian wanita Islam sama ada ia akan dijadikan sebagai uniform
baharu pramugari syarikat penerbangan MAS.
Nga juga
mengutuk perwakilan UMNO Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus sebagai
‘pemimpin Melayu otak cacat’ yang mencadangkan pramugari memakai pakaian
yang menutup aurat.
Ramai pengguna FB meluahkan rasa tidak puas hati dengan poster itu kerana Nga dianggap telah menghina pakaian umat Islam.
Abu Ilham berkata, tindakan Nga adalah satu yang memalukan.
“Shame on
you Nga Kor Ming! Saya tidak pasti apa motif u letak gambar perempuan
Islam berpurdah. Saya pasti ianya satu penghinaan!” tulisnya.
Muhammad Al-Mahdi pula menyifatkan Nga sama seperti calon Republikan AS, Donald Trump kerana berfikiran sempit.
“Apa yang
cuba anda sampaikan dari poster tersebut? Apakah anda cuba memomokkan
pemakaian wanita berburqa? Jika ya anda tak lebih kurang bodoh dan tolol
serta konservatif seperti Donald J. Trump.
“Di United
Kingdom (UK), hak kebebasan berpakaian adalah utama dan tidak perlu
gerakan menakutkan masyarakat dengan apa jenis pakaian pun, bahkan usaha
mereka mendekatkan dan memahamkan semua jenis pakaian adalah pilihan,”
katanya.
Nasrul Alam
Ash’ari turut memberi komen terhadap ‘kebijakan’ sesetengah ahli
politik melontarkan kenyataan terhadap isu-isu semasa.
“Patutlah
UMNO, MCA, MIC & BN masih menang walaupun banyak korupsi dan tipu
rakyat. Kebanyakkan ahli politik parti pembangkang tidak bijak menjawab
dan merosakkan lagi suasana. Lagi merosakkan hubungan beragama dan kaum
di Malaysia. PAS, PKR, DAP patutlah jadi pembangkang selamanya,”
katanya.
Terdahulu,
ketika perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, perwakilan
UMNO Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus melahirkan kekecewaan terhadap
konsep syarikat penerbangan milik kerajaan, MAS yang masih menghidangkan
arak dan mengekalkan konsep pakaian pramugari yang mencolok mata.
“Dalam
memperkatakan UMNO sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, satu
yang menjadi kehairanan saya iaitu syarikat MAS milik kerajaan
membenarkan lagi penghidangan arak dan pemakaian pramugari yang tidak
sesuai.
“Tolonglah
Presiden (Datuk Seri Najib Razak) beri perhatian segera. Saya fikir
kalau MAS tiada duit sekalipun, Ketua Wanita di cawangan- cawangan boleh
jahit pakaian pramugari ni bagi sopan sedikit,” katanya.-15/12/2015
(IH/Agenda Daily)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.