Saturday, December 19, 2015

Penyatuan Umat Melayu Pas - UMNO, tak ada manafaat !!!.


Terbukti sudah apa yang diperkatakan sebelum ini, pada Khamis lalu, cuma pelaksanaan nya sahaja masih kena tunggu dan lihat...

Aku tak mau nak komen banyak dalam isu ni...

Nanti aku akan dituduh dengan bermacam-macam tuduhan, biasalah,, kritik ulama.. 




 Apa pun aku terpaksa luahkan apa yang terbuku dalam ruang akal fikiran aku yang serba sempit dah jahil ni...

Penyatuan umat melayu.................... memang baik,, aku tak nafikan, apatah lagi nak menghalangnya... 

Cuma apa yang telah berlaku tidak kena pada tempat dan masanya,,, memang tak bertepatan langsung untuk mendapat hasilnya atau impak dari isu ni... 

Kenapa aku kata tidak !!!!..

Kita imbau balik kes Anwar Ibrahim mata lebam tahun 1998,,, dimana Arwah Mantan Presiden Pas Dato Fazdil Nor, pergi bersama-sama dengan Anwar, beliau dikecam,,, oleh ahli-ahli Pas, tetapi Allahyarham seorang yang bijak berpolitik, pandai mengambil peluang yang ada,,, diketika Anwar di zalimi oleh Mahathir, dimana sebahagian besar rakyat Malaysia turut bersimpati dengan apa yang berlaku, peluang sebegini turut diraih oleh Pas,,, maka Pas berjaya menawan Terengganu pada PRU 1999...

Tetapi apa yang berlaku dua lepas adalah sebaliknya,,, itu pasal aku kata tak bertepatan langsung... Najib bukan orang yang dizalimi atau kena zalim, malah boleh dikatakan Najib menzalimi rakyat dengan begitu rakus dan gelojoh,, sehingga Timbalan Presiden Muhyiddin dan Naib Presiden Shafie Afdal pun turut mengecamnya,,, tak termasuk Dr Mahathir, dan otai-otai politik umno yang lain...

Alih-alih Presiden Pas sanggup pi bersekongkol dengan Najib atas nama penyatuan umat melayu dengan mendapat sokongan agamawan cari makan... 

Dan aku tak hairan kalau lepas ni Majlis Raja-Raja Melayu pun turut memberi sokongan kepada agenda penyatuan melayu ni...

Apakah rakyat marhaen yang hidup serba cukup makan akan mendapat hasil dari imfaq penyatuan melayu ni...

GST akan di mansuhkan, 
PPPTN untuk anak-anak kita akan dihapuskan.. 
Harga barang-barang akan kembali murah.
Subsidi-subsidi akan diadakan semula..
Tambang pengangkutan awam dibatalkan kenaikannya..
dan banyak lagi yang tak perlu aku tulis.....

Cuma aku tanya.. 
Apakah dengan penyatuan ni apakah tindakan boleh diambil keatas Najib dalam skandal 1MDB 2.6 Billion,, skndal Ypeim, Tabung Haji, Wang Zakat, skandal lembu NFC dan banyak lagi,,, termasuk skandal balak di Kelantan... melayu woi...

Atau dengan penyatuan ini, Najib akan terus berkuasa dan akan terus mengcengkam dengan RUU MKN yang baru diluluskan, manakala orang-orang melayu terus hidup merimpat... Dan tak mustahil lepas ni Dr Mahathir menjadi teman Anwar Ibrahim di penjara Kajang....

Yang menjadi kambing hitam,, semuanya salah DAP..

Apakah Umno dan Pas akan mendapat undi dari golongan muda pada PRU14 nanti.... 



Hidup Melayu.... 



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.