Wednesday, December 30, 2015

Marion Caunter sambut Krismas hormati keluarga FMT Reporters


Marion

Sambutan itu semata-mata bagi menghormati keluarganya yang membesarkannya selama 29 tahun sebagai Katolik 

PETALING JAYA: Pengacara televisyen, Marion Caunter mengaku dia menyambut perayaan Krismas kerana menghormati keluarganya walaupun telah memeluk Islam sejak berkahwin dengan usahawan kereta, SM Nasaruddin SM Nasimuddin.

Marion yang berketurunan Portugis-Inggeris-Cina itu menjelaskan, dia menyambut Krismas kerana menghormati keluarganya yang telah membesarkannya sebagai seorang Katolik selama 29 tahun.

Namun, katanya, ia sedikitpun tidak menjejaskan akidahnya sebagai seorang muslim.

Katanya, dia juga menyambut Tahun Baru Cina kerana keluarganya juga berketurunan cina.

“Saya seorang Islam sepenuhnya sejak berkahwin dengan suami. Tetapi tidak bermakna saya mahu atau patut berhenti menyambut Krismas bersama keluarga yang membesarkan saya sebagai Katolik.

“Selama 29 tahun saya membesar sebagai seorang Katolik,” jelasnya.

Marion atau nama Islamnya Marion Rose Caunter Abdullah berkata, dia bersyukur kerana suami memberi sokongan kepadanya.

Marion membuat penjelasan itu di akaun Instagram selepas timbul cakap-cakap mengapa dia masih menyambut Krismas walaupun telah memeluk Islam.

Sebelum ini, juara program Akademi Fantasia, Stacy, turut dikritik kerana menyambut Krismas walaupun telah memeluk Islam.

Penyanyi kelahiran Sabah itu menjelaskan, dia menyambutnya bagi menghormati ibu bapa dan ahli keluarga yang masih beragama Kristian.



FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.