Cerita seorang pengguna jalan raya yang tidak memberi laluan kepada
kereta rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi
pengkongsian hangat pengguna laman social.
Fadzil Khairi
menceritakan bukan dia sahaja malah ramai lagi pengguna jalan raya yang
di hadapannya yang tidak mempedulikan arahan polis trafik supaya
memberi laluan kepada kereta yang dinaiki Najib.
Katanya, sikap pemandu termasuk dirinya yang enggan memberi laluan itu menyebabkan polis trafik yang bertugas mengelabah.
“Kami tak marah polis yang menjalankan tugas. Kami nak suruh menteri
amalkan apa yang menteri cakap hari itu tu je pada rakyat – kalau tak
nak bayar tol dan elak jem (kesesakan), sila bangun pagi.”
“So menteri kalau tak nak ngadap jem, hangpa bangun pagi atau balik keja
lewat laa bhai… tak pun naik pengangkutan awam.. kata berjiwa rakyat,”
tulis Fadzil.
Status dia itu dikongsi lebih hampir 3,000 pengguna Facebook dan menerima lebih 15,000 likes.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.