Wednesday, December 16, 2015

Kerjasama UMNO-PAS bukan perkara utama – Hishamuddin FMT Reporters


hishamuddin,umno

Perkara itu adalah selari dengan apa yang dimahukan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

PETALING JAYA: Kerjasama politik antara UMNO-PAS bukan keutamaan buat masa ini, kata Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Naib Presiden UMNO itu berkata fokus utama kepimpinan pada ketika ini adalah penyatuan dalaman parti.
“Yang penting bagi UMNO ialah menjaga rumah tangga kita…kita kena pastikan bahawa UMNO itu kuat…pemimpin-pemimpin parti bersatu dan di bawah tidak bercanggah,” katanya, memetik laporan 

Bernama.

Mengulas lanjut, Hishamuddin menjelaskan perkara itu adalah selari dengan apa yang dimahukan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

“Kita mesti ada had dan batasan dalam berpolitik dan perkara yang menyentuh keselamatan, Islam dan kedudukan orang Melayu…saya rasa sudah tiba masanya untuk kita mengetepikan pertimbangan politik untuk agenda yang lebih besar,” katanya.

Malah, belum ada pertemuan rasmi di antara UMNO dan PAS.

“Setakat ini tiada pertemuan rasmi diadakan antara kedua-dua pemimpin tetapi mungkin ada pemimpin (lain) kedua parti yang sudah berjumpa.”


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.