Monday, December 21, 2015

Isa Samad tak puas hati dakwaan Felda miskin - Khairil Ashraf


isa-samad

Rekod Pengerusi ANAK Mazlan Aliman di mahkamah menjadi pertikaian

KUALA LUMPUR : Tan Sri Isa Abdul Samad tidak berpuas hati dengan dakwaan Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman bahawa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah jatuh miskin.

Pengerusi Felda itu berkata dakwaan-dakwaan Mazlan tidak berjaya dibuktikan di mahkamah.

“Saya tidak puas hati dengan dia ni. Bicara sudah banyak kali kalah. Saya tak payah jawab. Tidak pernah menang, bicara semua kalah.


“Dia sudah bayar pada Felda pun kita tidak tahu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Graduasi Kolej Yayasan Felda di Dewan Perdana Felda pada Isnin.

Isa yang juga merupakan Ahli Parlimen Jempol turut mengganggap pandangan Mazlan seperti ‘angin lalu’.

“Dia pun entah apa parti pun kita tidak tahu. Sama ada Pas ke Parti Amanah Negara (Amanah) pun tidak berapa jelas. Macam angin lalulah pandangan dia itu,” tegasnya.

Sebelum ini, Mazlan mendakwa Felda telah menjadi ‘miskin’ dan berbelas tabung yang bersifat kebajikan hampir tidak berfungsi.

Mazlan turut mendakwa bahawa kontraktor yang membuat kerja di Felda juga mengeluh kerana pembayaran mengambil masa yang lama, malah ada sehingga enam bulan.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.