Nazir Husin mendakwa Syed Hamid sombong dan tidak tahu menghormati orang lain dan menasihatkan beliau duduk rumah jaga cucu.
Nazir Husin Akhbar Hussin yang mempertahankan Ismail Sabri berkata, Syed Hamid sebenarnya yang tidak disukai kerana sombong, bongkak dan tidak tahu menghormati orang lain. Katanya, ia berdasarkan pengalamannya ketika Syed Hamid yang ketika itu Menteri Dalam Negeri.
“Pengalaman saya sendiri sewaktu Tan Sri Syed Hamid Menteri KDN. Habis dia gaduh dengan semua pegawai dan bagaimana dia mendongak langit dan menyombong,” tulisnya di Facebook.
Nazir Husin turut mempersoalkan sumbangan yang diberikan Syed Hamid sepanjang beliau menjadi menteri.
“Pada saya, Tan Sri patut duduk rumah jaga cucu. Dah tak perlu la sibuk-sibuk nak pegang apa-apa jawatan dan tak perlu nak mengata menteri lain tak betul.
“Satu jari awak menuding kepada orang lain empat lagi masih menuding pada awak semula . Tak perlu komen, cukup saya katakan, saya lagi meluat dengan komen awak Tan Sri. Patut dah berumur tu patut lebih matang dan bijak mengawal emosi bukannya nak sentap. Buang la ego tu meluat orang muda tengok,” tulisnya.
Nazir Husin berkata, berbanding Syed Hamid, Ismail Sabri seorang yang peramah dan mudah didekati semua lapisan masyarakat, mendengar pandangan serta mahu memperjuangkan isu anak-anak muda, ekonomi bangsa Melayu dan sedia turun padang berjumpa rakyat.
Baru-baru ini, Syed Hamid yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memuat naik status di Facebook yang mengkritik seorang menteri yang didakwanya sombong dan suka menunjuk jawatan di khalayak ramai.
“Kalau saya jadi pengundi, saya tidak mengundi menteri macam ini. Buat orang benci pada kerajaan sahaja. malu kerajaan sahaja. Pada hal masa saya menteri dia tidak ada jawatan pun,” tulis Syed Hamid.
Ramai yang beranggapan kritikan itu ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tetapi Syed Hamid menafikannya dan mendedahkan kritikan itu ditujukan kepada Ismail Sabri.
Difahamkan perselisihan faham itu berkaitan dengan saranan supaya kerajaan mengkaji semula kenaikan tambang pengangkutan awam yang berkuatkuasa 2 Disember lalu.
FMT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.