Wednesday, December 30, 2015

Doktor Terkedu Toyota Wish Baharu Beli Di Sita JPJ



ANGGOTA JPJ memeriksa kereta klon yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas di R&R Gurun, semalam.


Gurun: Seorang doktor lelaki lingkungan 30-an terkedu apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish yang baru dibeli dua bulan lalu disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas pemeriksaan mendapati ia kenderaan klon, semalam.

Difahamkan, ketika ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun arah Selatan jam 10 pagi, doktor berkenaan bersama rakan wanita lingkungan 30-an dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah ke sebuah pusat perubatan di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Lelaki itu yang enggan dikenali berkata, kenderaan MPV itu dibelinya melalui dalam talian selepas tertarik dengan harga ditawarkan RM48,000 sebelum melihatnya yang diletakkan di sebuah kedai kereta terpakai di Batu Caves, Selangor.


Katanya, selepas berpuas hati dia bersetuju membeli dengan membayar wang pendahuluan RM10,000 dan hanya perlu membayar ansuran bulanan RM500.

“Saya membeli kenderaan MPV itu selepas melihatnya sendiri dan yakin selepas ejen memberi jaminan tiada sebarang masalah, tetapi tidak menyangka ia sebenarnya kenderaan klon.

“Akibatnya, saya kerugian RM11,000 termasuk RM1,000 bagi bayaran ansuran dua bulan apabila kenderaan itu disita JPJ. Saya langsung tidak menyangka ia kenderaan klon dan kecewa serta kesal dengan tindakan penjual kereta terbabit yang sanggup menipu,” katanya.

Operasi membabitkan 169 pegawai dan anggota membabitkan 15 agensi itu bermula jam 8.30 pagi.

Lebih 1,000 kenderaan diperiksa dan 124 kenderaan dikenakan notis dan saman atas pelbagai kesalahan serta dua kenderaan disita.

Sementara itu, Pengarah JPJ Kedah Amir Onn Mustapha berkata, kenderaan yang dipandu doktor itu ditahan mencurigakan sebelum anggota penguat kuasa membuat pemeriksaan lanjut kenderaan itu.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.