Desak Najib berundur satu tanggungjawab, kata selebriti Soo Wincci By canang
Soo Wincci tidak menyesal dengan tindakan memuat naik videonya yang
menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana
menteri kerana berasa ia satu tanggungjawab yang perlu dilakukan. –
Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 20 Disember,
2015.Aktres Malaysia dan penyanyi Soo Wincci menjadi tajuk utama berita
baru-baru ini selepas penaja menarik balik tajaan konsert solo
pertamanya selepas video beliau menuntut Datuk Seri Najib Razak
meletakkan jawatan sebagai perdana menteri menjadi viral.
Mahukan konsertnya diteruskan, bekas ratu cantik itu menggunakan dananya
sendiri untuk konsert pada 31 Oktober yang berjaya menarik ramai
hadirin di stadium.
Melihat kembali insiden itu 2 bulan kemudian, pemenang Miss World
Malaysia 2008 mengatakan tidak menyesal mengeluarkan video menuntut
Najib meletakkan jawatan ketika perhimpunan Bersih 4 pada akhir Ogos
berlangsung walaupun ia menyebabkan banyak masalah.
Katanya, kontroversi melanda Najib dan skandal 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) perlu diselesaikan segera. Menurut aktres itu, masalah
yang melanda Malaysia pada hari ini hanya disebabkan oleh seorang
individu iaitu Najib.
"Ia hanya mengenai individu dan isu pemimpin adalah penting. Ia bukan mengenai parti, ia adalah mengenai pemimpin.
“Kita hanya perlu tukar pemimpin. Saya fikir kita semua mempunyai hak.
Kita tidak mahu pemimpin yang mengawal kita. Jangan sampai masa (masalah
lebih buruk timbul) kita menyalahkan orang lain," kata Wincci, 30,
dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.
Pelajar jurusan undang-undang University of Reading (United Kingdom)
yang menempa nama sebagai penyanyi di Taiwan itu menggesa rakyat
Malaysia bersuara demi masa depan negara.
"Kita dilahirkan dalam budaya Asia yang tidak suka menyuarakan pendapat.
Tetapi pada akhirnya, kita menyalahkan pemimpin. Yang penting masalah
selesai," katanya.
Tetapi penyanyi itu mengatakan kritikan terhadap kerajaan tidak
seharusnya “terlalu agresif” dan setiap orang perlu bersedia berdepan
dengan tindakan kerana bersikap vokal.
Wincci turut mendedahkan selepas video menuntut Najib meletakkan jawatan
tersebar, beliau mendapat tawaran daripada beberapa parti politik untuk
menyertai mereka.
"Tetapi saya rasa tidak perlu dan saya tidak berminat menceburi bidang
tersebut. Cukuplah untuk saya jadi pemerhati dan bersuara,” katanya yang
menggunakan bahasa Inggeris, Mandarin dan Melayu dalam video itu.
Video yang dimuat naik ke laman sosial YouTube pada 30 Ogos dengan tajuk
“Soo Wincci Words for Najib Malaysia Prime Minister” memberikan
inspirasi kepada perhimpunan Bersih 4 yang menuntut reformasi demokrasi
dan peletakan jawatan Najib.
"Kepada Najib, ada banyak orang di pentas, sangat sesak. Tolonglah,
bolehkah anda sebagai orang dewasa, sila turun daripada pentas dan
memberikan ruang kebebasan kepada semua rakyat Malaysia," kata Wincci
dalam video yang dimuat naik akhir Ogos lalu.
Wincci berkata penglibatan dalam bidang seni kerana minat meskipun
berkelulusan tinggi dalam jurusan undang-undang dari luar negara.
Malah, Wincci kini sedang menyambung pelajarannya dalam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia.
Soo Wincci mengakui mendapat tawaran beberapa parti politik untuk
menyertai mereka tetapi menolaknya kerana lebih menjadi pemerhati dan
bersuara apabila ada keperluan.
– Gambar The Malaysian Insider oleh
Najjua Zulkefli, 20 Disember, 2015.Soo Wincci mengakui mendapat tawaran
beberapa parti politik untuk menyertai mereka tetapi menolaknya kerana
lebih menjadi pemerhati dan bersuara apabila ada keperluan.
– Gambar The
Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 20 Disember, 2015.
"Saya sudah menyanyi sejak umur 16 tahun. Ahli keluarga mahu saya jadi
peguam maka saya belajar undang-undang dan saya tidak bantah sehingga
selepas miliki ijazah sarjana dalam bidang ini, saya hendak capai impian
saya,” katanya.
Mengakui agak sukar menjual album pada permulaan, Wincci tidak berputus
asa untuk mencuba bakatnya dalam bidang lain seperti lakonan.
"Saya beri tempoh setahun. Pada mula saya banyak ke syarikat rakaman
menawarkan diri tetapi mereka tidak mahu kerana mereka takut. Dari situ,
saya terbitkan album saya sendiri.
"Untuk album pertama saya gagal. Bagi saya kita kena sabar. Album pertama saya tidak berjaya,” katanya.
Beliau juga mahu lebih mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu.
"Saya cuba dalam bidang lakonan, tetapi bidang lakonan mencabar kerana
masanya yang panjang. Saya keliru juga pada mulanya, saya bermula dengan
berlakon sebagai pelakon tambahan. Tetapi selepas dalam bidang lakonan,
kejayaan saya ialah pernah tercalon dalam pelakon baru .
"Dari situ saya belajar sesuatu, iaitu kita perlu multitasking. Saya ada
hasrat untuk ceburi pasaran Melayu tetapi banyak persaingan," kata
penyanyi yang sudah mula mendapat tempat di Taiwan ini dan bakal
mengadakan konsert di sana.
Pelakon utama telemovie Astro, “Takhta Tiga Ratu” itu juga berhasrat untuk berduet dengan Siti Nurhaliza.
"Saya ingin bekerjasama dan membuat lagu dengan Datuk Siti Nurhaliza.
Beliau adalah antara idola saya," kata pemilik Beyond Artistes Sdn Bhd
itu.
Selain itu, dalam perkembangan seni lain beliau sudah menghabiskan
penggambaran filem bersama pelakon terkenal Aaron Aziz dan Izara Aishah,
filem dijangka ditayangkan pertengahan Jun depan.
"Dalam filem ini, banyak aksi ghairah dan mencabar untuk diri saya.
Namun, saya beruntung kerana diberi peluang berganding dengan mereka,”
katanya.
Cananglahnie
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.