Sunday, November 29, 2015

[VIDEO KENYATAAN TERKINI TUN] UMNO sudah jadi parti Najib, kata Tun M

KUALA LUMPUR, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan UMNO tidak lagi menjadi parti untuk orang Melayu sebaliknya ia berubah kepada parti Datuk Seri Najib Razak.


Katanya, ini berikutan salah guna kuasa yang diamalkan presiden parti yang bertindak membuang sesiapa sahaja ahli UMNO yang menegur beliau.


“Siapa saja yang tegur Perdana Menteri atau Presiden parti, dia dibuang.


“Seolah-olah ini bukan parti UMNO tetapi menjadi Datuk Seri Najib. Saya tidak menegur parti tetapi saya tegur Datuk Seri Najib,katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.


Menyingkap sejarah krisis kemuncak UMNO pada tahun 1986 dan 1987, Tun Dr Mahathir berkata walaupun UMNO menghadapi krisis ketika itu tetapi tiada siapa yang dilarang untuk bercakap, bersuara serta berkempen dan ia berbeza dengan keadaan sekarang.



“Saya tidak boleh berjumpa dengan ahli UMNO dan Menteri UMNO. Saya ahli UMNO, bekas Presiden.



“Begitu juga Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beri dia bercakap sebab itu memang tradisi kita. Timbalan Presiden ada hak berucap pada Perhimpunan Agung UMNO.



“Muhyiddin tidak mengkritik parti, dia mengkritik Najib. Dan ini jelas membuktikan parti UMNO adalah parti Najib,” katanya. -ismaweb.
CELAH GELEGAR

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.