Kajiannya tidak diterbitkan kerana berasa malu dan berasakan tidak releven untuk diterbitkan pada zaman sekarang
Sebaliknya, Zahid menjelaskan kajian tesisnya mengenai media cetak tidak diterbitkan oleh pengarang-pengarang disebabkan beliau berasa malu dengan kajiannya yang dianggap tidak releven pada masa sekarang.
Beliau berkata, penerbit-penerbitnya merasakan kajian yang dibuat itu belum layak dijadikan bahan ilmiah.
“Saya tidak pernah membeli ijazah Doktor Falsafah (PHD).
“Saya lakukan kajian sendiri, tetapi saya rasa malu untuk terbitkan sebab kajian saya tidak begitu releven dalam keadaan sekarang.
“Kajian saya lakukan berdasarkan kepada sistem Komunikasi Konvensional di mana ianya berdasarkan kajian terhadap media cetak di dalam lima kali pilihan raya di zaman era bekas Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) yang telah memimpin negara selama 22 tahun,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Persidangan Buku Antarabangsa dan Ekspo Buku Malaysia 2015.
Pada masa sama, Zahid mengakui media sosial kini telah menjadi rujukan utama untuk menggantikan media arus perdana.
Katanya, masyarakat kini perlu mengakui bahawa media sosial atau atas talian menjadi medan utama untuk seseorang mendapatkan maklumat berbanding zaman penggunaan media cetak.
“Sekarang media cetak telah dionlinekan..apatah lagi media sosial sekarang ini sebenarnya telah jadi arus perdana.
“Media sosial kini menguasai minda, beralih hala tuju ke arah menukar pembuat-pembuat keputusan yang mahu menentukan apakah bentuk kerajaan yang ada,” ujarnya.
Justeru, Zahid menyarankan agar masyarakat kini berubah dan memperakui bahawa media sosial kini telah menjadi saluran utama untuk mereka mendapatkan maklumat.
Katanya, media sosial juga sudah mampu menjadi hakim dan memberi hala tuju dalam pemikiran seseorang untuk membuat keputusan.
FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.