PKR sudah
menghantar surat kepada sekutunya DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah)
untuk rundingan kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang,
kata Baru Bian.
Pengerusi PKR Sarawak itu berkata, ia merupakan langkah positif bagi memastikan kemenangan menentang Barisan Nasional (BN).
"Kami sudah
pun menulis surat kepada DAP dan Amanah, bertanyakan bila masa yang
sesuai kita adakan rundingan bagi pengagihan kerusi.
"Ini
merupakan perkembangan yang positif. Kita akan memastikan tiada
pertembungan dan satu lawan satu," katanya ketika berucap di Kongres
Nasional Tahunan PKR ke 11 di Shah Alam, Selangor hari ini.
Semalam,
Nurul Izzah Anwar berkata ahli baharu PKR Datuk Saifuddin Abdullah
diberi tugas menyelesaikan perebutan kerusi di antara parti pembangkang
bagi pilihan raya Sarawak.
Naib
presiden PKR itu berkata, langkah itu bagi memastikan satu lawan satu di
antara pembangkang dan BN Sarawak dalam pilihan raya yang dijangkakan
tahun depan.
Pengumuman itu dilakukan selepas terdapat laporan pergeseran di antara PKR dan DAP di Sarawak tentang siapa yang harus bertanding di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu. – 29 November, 2015.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.