Monday, November 30, 2015

Bodoh Tak Boleh Diajar, Cerdik Tak Boleh Diikut!


MB: AMANAH baru cambah, PAS dah 64 tahun

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyifatkan Parti Amanah Negara (AMANAH)sebagai "pokok yang baru disemai dan belum matang sepenuhnya" untuk memberi cabaran yang besar selain Umno, pada pilihan raya umum ke-14.

"Dia (AMANAH) ini baru nak bercambah dan masih di peringkat benih, kita akan tengoklah sejauh mana kekuatannya.

"PAS sudah 64 tahun, panas, hujan, banjir semua kita dah harungi.



"AMANAH ini baru bercambah, dia bubuh baja banyak, bubuh air banyak-banyak, nampaklah segar tapi hanya dalam satu polybag sahaja," kata Ahmad seperti lapor Sinar Harian hari ini.

Beliau menjawab soalan sama ada AMANAH mampu memberi cabaran besar kepada PAS selain musuh tradisi mereka Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata parti itu sedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Nik Aziz.

Mohamad atau yang mesra dipanggil Mat Sabu berkata sokongan rakyat Kelantan kepada parti yang ditubuhkan akhir Ogos lalu cukup hebat. Parti mensasarkan keahlian sebanyak 100,000 orang menjelang akhir Disember ini.

Beliau dilapor memetik kajian Ilham Centre yang mengatakan 15 peratus ahli PAS di Kelantan sudah menyertai AMANAH.

Dilaporkan juga berdasarkan kajian AMANAH, kedudukan di Kelantan sekarang sudah jadi 30:30:30:10 iaitu di antara Amanah, PAS, Umno, atas pagar atau lain-lain.

ULASAN GB

Nak kata bodoh ya sombong pun ya.. jadilah dia bodoh-sombong.

Kerana apa bodoh? Kerana setiap sesuatu di mayapada ini memang bermula dari kecil, sebuah pohon bermula dari dalam sebuah polybag. Kemudian ia membersar dan dialihkan ke tanah untuk ia terus tumbuh sehingga berbuah.

Begitulah evolusi sesuatu benda yang baharu. PAS juga pernah melaluinya. PAS tidak muncul dengan tiba-tiba seperti yang ada hari ini. Ia melalui proses evolusi juga. Ia juga melalui hukum apa yang disebut "sunnatullah".

Jadi untuk merendah-rendahkan parti AMANAH sebagai "pokok yang baru disemai dan belum matang sepenuhnya" ternyata satu kenyataan yang amat bodoh. Kerana tiada pembesaran jika tiada penyemaian.

AMANAH masih di dalam polybag, katanya. Salah! "Penyemaian" telah berlaku di dalam polybag sewaktu AMANAH masih bernama Gerakan Harapan Baru (GHB). Kini AMANAH sudah diluluskan oleh ROS. AMANAH sudah keluar dari polybag. Ia kini dipacak di merata tempat. AMANAH kini sudah ada pejabatnya sendiri, wismanya sendiri.

AMANAH semakin membesar, semakin dewasa. Begitu cepat ... dalam tempoh tak sampai 3 bulan, ahlinya kini sudah mencapaai lebih 60 ribu. Dan sasaran 100,000 sehingga hujung tahun semakin menjadi kenyataan.

Begitulah bodohnya dia yang cuba mengutuk dan merendah-rendahkan AMANAH, sedangkan beliau sendiri memparkan kebodohannya lewaan kenyataannya itu.

Kemudian dia berkata lagi: "PAS sudah 64 tahun, panas, hujan, banjir semua kita dah harungi."

Tadi bodoh, kini sombong pula. Konon dah 64 tahun. Sedang dia terlupa setiap yang baharu itu binasa. Jika manusia, umur 64 tahun itu sudah kira "tua" dan menunggu masa dikafan, disolat dan dikebumikan. Umur Rasulullah ialah 63 tahun sewaktu baginda wafat. 
 
Bererti PAS dah terlajak satu tahun. Orang yang terlajak biasanya akan merapu, meroyan... dalam bahasa mudah dipanggil "buang tabiat".... 
 
Mungkin kerana sebab itu agaknya PAS yang ada pada hari ini mmelabel, mencaci, memaki, memfitnah, mengugut, mengancam malah bertindak diluar batas kewarasan (maka berlakulah gejala lahirnya mereka yang sewel... dimana semakin ramai ahli PAS yang berpenyakit mental yang akhirnya menjadikan mereka berperwatakan ganas seperti yang dilakukan ke atas pemimpin AMANAH Marang, Ust Miqdad Zakaria).

Menggabungkan kedua-dua di atas ternyata apa yang dinyatakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, merangkap MB Kelantan Dato Ust Ahmad Yaakob sebenarnya kenyataan yang bodoh-sombong. atau peribahasa Melayu kata "bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut."


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.