Saturday, October 17, 2015

Zahid Hamidi percaya Saifuddin akan beri ‘sumbangan besar’ kepada PKR


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ‘sumbangan besar’ itu adalah masalah yang besar sebagaimana dilakukan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Saifuddin Abdullah kepada Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Oktober, 2015.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ‘sumbangan besar’ itu adalah masalah yang besar sebagaimana dilakukan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Saifuddin Abdullah kepada Umno. –

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ‘sumbangan besar’ itu adalah masalah yang besar sebagaimana dilakukan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Saifuddin Abdullah kepada Umno. –

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi percaya bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Saifuddin Abdullah akan memberi "sumbangan besar" kepada PKR yang disertainya baru-baru ini.

Timbalan perdana menteri berkata "sumbangan besar" itu adalah masalah yang besar sebagaimana dilakukan bekas ahli Parlimen Temerloh itu kepada Umno.

"Beliau lebih sesuai untuk memberi 'sumbangan besar' itu kepada parti tersebut," katanya berseloroh.

Zahid diminta mengulas mengenai penyertaan Saifuddin ke dalam PKR, selepas mendengar taklimat mengenai Stesen Janakuasa Hidro Elektrik Bakun, di Belaga hari ini.

Mengenai Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula pada 19 Oktober ini, beliau berkata pihak kerajaan tidak akan terkejut jika pembangkang menimbulkan isu hangat khasnya titah Majlis Raja-raja Melayu mengenai siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad.

"Kita bersiap siaga untuk memberi jawapan sebagai penjelasan kepada isu itu," katanya.

Bagaimanapun, Zahid berkata pihak pembangkang juga harus menerima jawapan daripada kerajaan sebagai penjelasan yang rasmi dan tidak diputar-belit melalui lontaran pelbagai pandangan yang berbeza.

Namun beliau berkata walau apapun yang diperjelaskan oleh kerajaan tidak akan diterima pembangkang. – Bernama, 16 Oktober, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Zahid Hamidi percaya Saifuddin akan beri ‘sumbangan besar’ kepada PKR

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ‘sumbangan besar’ itu adalah masalah yang besar sebagaimana dilakukan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Saifuddin Abdullah kepada Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Oktober, 2015.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ‘sumbangan besar’ itu adalah masalah yang besar sebagaimana dilakukan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Saifuddin Abdullah kepada Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Oktober, 2015.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi percaya bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Saifuddin Abdullah akan memberi "sumbangan besar" kepada PKR yang disertainya baru-baru ini. Timbalan perdana menteri berkata "sumbangan besar" itu adalah masalah yang besar sebagaimana dilakukan bekas ahli Parlimen Temerloh itu kepada Umno.
"Beliau lebih sesuai untuk memberi 'sumbangan besar' itu kepada parti tersebut," katanya berseloroh.

Zahid diminta mengulas mengenai penyertaan Saifuddin ke dalam PKR, selepas mendengar taklimat mengenai Stesen Janakuasa Hidro Elektrik Bakun, di Belaga hari ini. Mengenai Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula pada 19 Oktober ini, beliau berkata pihak kerajaan tidak akan terkejut jika pembangkang menimbulkan isu hangat khasnya titah Majlis Raja-raja Melayu mengenai siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad.
"Kita bersiap siaga untuk memberi jawapan sebagai penjelasan kepada isu itu," katanya.
Bagaimanapun, Zahid berkata pihak pembangkang juga harus menerima jawapan daripada kerajaan sebagai penjelasan yang rasmi dan tidak diputar-belit melalui lontaran pelbagai pandangan yang berbeza.
Namun beliau berkata walau apapun yang diperjelaskan oleh kerajaan tidak akan diterima pembangkang. – Bernama, 16 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zahid-percaya-saifuddin-akan-beri-sumbangan-besar-kepada-pkr#sthash.W6QC9cMH.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.