Friday, October 2, 2015

Peguam sarankan Raja Muda Selangor saman Rahim Thamby Chik


Peguam sarankan Raja Muda Selangor saman Rahim Thamby ChikRaja Muda Selangor yang dituduh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik memeluk agama Kristian perlu memfailkan saman terhadap bekas ketua menteri Melaka itu, kata peguam.Peguam Syahredzan Johan berkata, Rahim jelas melakukan kesalahan secara peribadi terhadap kerabat diraja Selangor.

"Raja Muda perlu memfailkan saman di mahkamah," katanya, kepada The Malaysian Insider.Syahredzan, yang juga anggota Majlis Peguam berkata, pihaknya menentang penggunaan Akta Hasutan 1948 untuk menghukum pesalah.

"Akta itu tidak harus digunakan terhadap Rahim kerana saya merupakan salah seorang yang mahukan akta itu dimansuhkan. Biarkan mereka selesaikannya secara peribadi," katanya.

 


Akta Hasutan katanya hanya boleh digunakan jika seseorang itu menimbulkan kebencian terhadap pemerintah.Sebaliknya, Rahim sudah berulang kali membuat permohonan maaf kepada Istana Selangor.

Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais berkata, walaupun Rahim berulang kali memohon maaf kepada istana, perbuatannya yang melanggar tatasusila itu tidak bertanggungjawab dan mengandungi unsur fitnah.

"Setelah membaca kandungan kenyataan yang dikeluarkan Rahim, Dewan Diraja Selangor berpendapat dan merumuskan kenyataan tersebut berbaur hasutan dan mempunyai unsur-­unsur fitnah yang boleh membangkitkan perasaan benci umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Selangor," katanya.

Syahredzan berkata, permohonan maaf itu hanyalah faktor kelegaan yang digunakan Rahim sekiranya beliau disaman.Laporan The Star menyebut Rahim sudah membuat permohonan maaf sebanyak 3 kali selepas posting di laman sosial miliknya sejak 4 hari lalu.-TMI


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.