Kemalangan yang
mengorbankan pemandu treler di Kilometer 431.1 Lebuhraya Utara-Selatan
arah Kuala Lumpur berdekatan Jambatan Sungai Guntong, di sini, awal pagi
tadi.
Bukit Beruntung: Bas
ekspres bawa 29 penumpang dan treler muatan simen terjunam ke dalam
gaung selepas terbabit dalam pelanggaran di Kilometer 431.1 Lebuhraya
Utara-Selatan arah Kuala Lumpur berdekatan Jambatan Sungai Guntong, di
sini, awal pagi tadi.
Kemalangan kira-kira 2.30 pagi itu menyebabkan pemandu treler maut manakala kelindannya parah.
Pemandu bas ekspres serta kanak-kanak berusia tujuh tahun turut cedera namun penumpang lain selamat.
Pegawai Bomba dan
Penyelamat Kuala Kubu Bharu Mahmud Selamat berkata, bomba menerima
panggilan pada 3.02 pagi dan segera ke lokasi kejadian.
"Sampai di lokasi kita dapati bas dan lori sudah berada di dalam gaung.
"Pemandu lori tersepit dan berjaya dibawa keluar namun disahkan meninggal dunia," katanya.
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dirawat.HM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.