Saturday, October 17, 2015

Anwar Ibrahim yang paling gumbira ...


Berita  berhijrahnya Saifuddin Abdullah ke-dalam PKR (KEADILAN) langsung tidak memeranjatkan gurkah-gurkah politik di'port'. Idea, sumpah seranah, maki hamun, kenyataan-kenyataan yang menyindir yang beliau luahkan sejak akhir-akhir ini sepatutnya keluar dari mulut pemimpin-pemimpin dalam Pakatan (DAP,PKR, PAN). Apa saja perkataan atau ayat-ayat yang keluar dari mulut Saifudin maka berasaplah telinga-telinga pemerintah, maka merah menyala lah telinga-telinga mereka-mereka yang dari umno. 

Inilah dia 'kader' baru Parti PKR dan Pakatan Harapan.

Mereka-mereka yang dalam lingkungan politik 'salut' pada Saifuddin kerana dia adalah seorang politikus yang ada nama. 

Sejak kelmarin kebanjiran yang terlalu banyak komen yang dihidangkan dalam media sosial dan alam maya seperti Blog, Fb, WassApp, Twitter, Instagram dan yang sama waktu dengannya berhubung dengan penghijrahan Saifudin ini. 

Yang membuat gurkah-gurkah politik di'port' ini tak tahan dan ketawa berdekah-dekah ialah dua kenyataan daripada UMNO itu sendiri melalui 'tukang salak' mereka iaitu Setia Usaha Agungnya, kata Saifuddin adalah `sampah’ dalam UMNO manakala Pengerusi Displin pula berkata 'tiada maaf bagi mu Saifudin !'. 

Kalau betul lah Saifudin ini 'sampah',  mengapa tidak di-tong sampahkan dia sebelum dia membuat keputusan untuk berhijrah ke PKR/Pakatan Harapan untuk bersama-sama yang lain-lain bagi menyambung perjuangan Anwar Ibrahim untuk 'lawan dan terus lawan' ?

Anwar Ibrahim sehari sebelum berita penghijrahan Saifudin itu telah memberi pesanan dan amanat kepada PKR/Pakatan Harapan supaya menjaga dan menghargai harta yang sangat tidak ternilai ini. Ia akan menjadi sumber inspirasi rakyat untuk menyerahkan kuasa kepada PKR,DAP dan PAN dalam Pakatan Harapan untuk mentadbir Negara pada PRU akan datang nanti.

dollah yankee -
 
Kecik tapak tangan,padang bola gurkah-gurkah ini tadahkan buat Saifudin ...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.