Perdana
Menteri Najib Razak seharusnya lebih sedar diri ketika ini. Hakikat
bahawa beliau semakin ditolak dan tidak dikehendaki lagi memimpin negara
ini sudah boleh dilihat di mana-mana.
Jika
selama ini penolakan itu lebih banyak tersimpan dalam hati atau lebih
kerap diluahkan di kedai-kedai kopi atau dalam kata-kata melalui hujung
jari, tetapi kini ia tidak lagi dilakukan secara sembunyi-sembunyi.
Sudah
ada yang berani meluahkannya dalam mesyuarat perwakilan UMNO sendiri.
Di Langkawi, seorang perwakilan bernama Anina Saaduddin menyifatkan
Najib selama ini telah "kencing" tiga juta ahli UMNO serta menyarankan
MT UMNO membawanya segera berubat.
Di
Pasir Gudang, seorang Ketua Wanita UMNO cawangan yang juga AJK
Bahagian, Norwati Abdul Manaf telah menyerahkan sendiri memorandum 12
perkara kepada Najib ketika beliau hadir merasmikan mesyuarat perwakilan
UMNO Pasir Gudang, Ahad lalu.
Memorandum
yang didakwa mewakili 107 cawangan itu antaranya meminta Najib berehat
daripada jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti selama
18 bulan yang dibuat sebelum ini.
Pergerakan Pemuda UMNO Labis juag mahukan Najib berehat buat sementara sehingga siasatan mengenai 1MDB diselesaikan.
Selain
itu, pelbagai cara lagi dilakukan unfuk meluahkan perasaan bagi
menunjukkan penolakan itu. Ada yang membuat kain rentang, pelekat
kereta, tulisan di baju dan macam-macam lagi.
Di
media sosial atau percakapan hari-hari, barangkali tidak sah jika tidak
menyebut perlunya Najib segera berundur sama ada bagi menyelamatkan
UMNO atau pun negara.
Di
bawah ini antara tanda-tanda penolakan yang dapat dikumpulkan oleh blog
ini untuk tatapan kita bersama. Selepas ini pasti lebih banyak lagi
penolakan yang sama yang muncul di depan mata kita. Tidak mustahil juga
lebih ramai pemimpin UMNO sendiri meluahkannya dalam mesyuarat
perwakilan yang sedang berlangsung di seluruh negara.
Melalui
benih penolakan yang mulai merata di mana-mana ketika ini, bukan saja
dakwaan Najib bahawa tiga juta ahli UMNO tetap menyokongnya boleh
dipersoalkan, malah yang lebih perlukan jawapan ialah berapa lamakah
lagi beliau mampu bertahan?
Ada sesiapa yang boleh berikan jawapan? (SH 11/08/2015)
Dahsyat wanita UMNO Langkawi ni...
Di perhentian bas pun ada...
Seorang lagi pemilik kereta yang berani, tabiklah....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.